Wednesday, 18 February 2015

PANDUAN & STRATEGI MELABUR SHOP LOT TERBONGKAR!!

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Cerita Semalam..
AMANI HOTEL BANDAR BARU BANGI

Berkesempatan sarapan bersama teman lama di Bandar Baru Bangi, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain-main... nostalgia sungguh tempat ini smile emoticon Kami pernah sama-sama belajar di Bangi tidak berapa lama dulu.. 3 tahun setengah usia dihabiskan disini(Pada masa itu Course adalah 4 tahun tetapi pelajar diberi pilihan untuk mempercepatkan hingga 3 tahun). Lama bercerita senda gurauan masih seperti dulu walaupun usia yang makin meningkat dan rambut pun dah semakin kurang. Teman ini sangat low profile orangnya dan sangat merendah diri

Salah satu rangkaian Biz beliau yang dikongsi bersama-sama adik beradiknya ialah HOTEL Budget ini. Di Bangi sendiri beliau ada 2 hotel seperti ini dengan nama berbeza. Beliau adalah antara Pelabur SHOP LOT tegar yang menjadi tempat saya bertukar fikiran, berkongsi cerita dan menjana idea . Beliau ada 2 unit lagi SHOP LOT 3 tingkat yang dibeli di Cyberjaya pada 4 tahun lepas dengan harga RM1.9mil seunit untuk membuka rangkaian HOTEL BUDGET. Sekarang disewakannya gara-gara tidak mendapat kelulusan dengan Majlis. Terbaru sedang dalam fasa terakhir membuka Hotel Budget di tengah Kotaraya Kuala Lumpur

Bersama salah satu daripada rangkaian Hotel yang dimiliki

2 Unit SHOP LOT 3 tingkat di dalam gambar ini dibeli sekitar tahun 2008 dengan harga RM800K seunit. 1 unit lagi sebuah SHOP LOT 3 tingkat disewa bersebelahan menjadikan AMANI HOTEL memiliki ruang yang lebih luas dengan 56 bilik disediakan untuk para tetamu. Hari ini "VALUE" SHOP LOT ini telah meningkat hampir 3 kali ganda daripada harga asal. Lumayan bukan untuk PELABURAN dalam tempoh sekitar 7 tahun??

Ramai yang ingin membeli unit SHOP LOT untuk pelaburan kerana pulangan yang lebih tinggi berbanding unit Kediaman. Semakin tinggi pulangan keatas pelaburan semakin tinggi RISIKO yang anda hadapi. Ketahui langkah menangani RISIKO anda --->>> EBOOK PANDUAN & STRATEGI MELABOR SHOP LOT TERBONGKAR!!

No comments: