Friday, 20 February 2015

BIAR RUMAH KECIK, DUDUK DALAM STORE PUN TAK MENGAPA JANJI DUIT PERGI BAYAR BELI KEDAI Maa!!

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING



PANDANGAN RAKAN BANGSA CINA TENTANG MELABUR UNIT SHOP LOT

>>>Sedutan dari EBOOK PANDUAN & STRATEGI MELABUR SHOPLOT ms 9
 
 
EBOOK PANDUAN & STRATEGI MELABUR SHOPLOT  


Sebelum itu saya tertarik untuk membawakan kepada anda dan berkongsi pandangan seorang rakan berbangsa Cina  mengenai  “Melabur Unit Shop Lot”

Kisah ini adalah catatan dari pengalaman sebenar FAIZ SUFI yang di post di dalam Status FBnya


Setelah mendapat “approval” daripadanya saya kongsikan kepada anda disini. Kepada yang belum mengenali FAIZ SUFI boleh klik “LIKE” dan “FOLLOW” FB beliau di LINK berikut ---->>>>



Banyak TIP
bermanfaat yang dikongsikan dari pandangan kacamatanya dan pengalaman beliau sendiri dari masa ke semasa





Faiz Sufi             23/8/2014


Aku > Tokey, you buka kedai perabot ni
boleh untung ka dalam kampung ?

You ambik 4 pintu maa, atas bawah.
Sewa mau RM12,000 lorh sebulan.

#SembangMuhongChannelNetwork.


>>>
“Chinese will strive for Kedai RM600K”

Tokey > Beli kedai ini macam pasang jerat maa.
Ada hari tak dapat hasil, sekali dapat hasil, makannya sedap.

Jerat yang bagus tahannya di kawasan laluan haiwan. Kedai yang bagus adalah di gugusan kedai atau di tengah bandar.


TAKTIKAL SEORANG TOKEY MEMBELI KEDAI

" Biar rumah kecik , duduk  dalam store pun tak mengapa !
Janji duit kita pergi bayar beli kedai maa ! "
===============================================

1- BELI KEDAI NISBAH 3

Beli kedai di dalam gugusan kawasan perniagaan,
beli 3 kedai sekaligus dalam kawasan yang sama.

- 1 kedai untuk meniaga sendiri
- 2 kedai untuk disewakan kepada orang lain.


2- MATEMATIK TOKEY TU AJAR AKU TADI :

Harga Kedai = RM400k per unit.
3 Kedai = RM1.2juta
Montly payment : RM8,000 x 20 tahun.

2 kedai disewakan pada harga bulanan RM4000.
Maka total sewaan = RM8000 guna untuk bayar bank.

Ingat, sewaan meningkat setiap perjanjian 2 tahun.

1 kedai yang guna untuk buat business ?
Duit lebih bayar kat bank, duit lebih simpan
untuk beli jerat baru !


3- MAKE YOUR ACCOUNT STRONG

2 kedai disewakan, 1 kedai guna untuk niaga sendiri.
Memang akaun nampak strong untuk apply loan beli kedai kedai di gugusan perniagaan yang lain.

4- NETWORKING BUSINESS

Takdak duit nak ambik kedai ?
Suruh bapak saudara you yang kerja kerajaan
pergi ambik beli itu kedai, you masuk buat niaga dalam itu.

Bapak saudara kena bayar bank RM5000 sebulan,
You bayar sama dia RM7000 laa. Kasi sikit sama diaa.

5- ADIK BERADIK YANG BEKERJASAMA

Dalam family, mesti ada orang yang kerja kerajaan,
atau orang yang kerjanya mudah buat loan.

Sewa kedai dari adik beradik ja,
Duit pusing sama-sama kita maa.

Abang saya beli kedai, dan sewakan pada kami adik adik.
Kami adik adik masuk buat niaga maa.
Duit naiga kasi bayar sama loan abang la.

Masing masing jaga laa.
Takkan adik beradik sendiri pun you mau tikam ?
takkan adik beradik sendiri pun you mau hentam kasi makan ?

===============================================

Diluar sana, ada pelbagai taktik dan teknik
jalan niaga yang dibuat oleh orang lain.

Stay hunger, stay foolish.

Tak rugi menyapa seorang Pakcik Chinese
yang kerja sebagai kelindan lori cuma.

Pasti ada cerita menarik untuk aku ambik manfaat.

Disebabkan tokey Chinese tu ajar aku ilmu niaga,
asalnya nak beli barang total kos RM1000 sahaja,
sudah beli berlebih lebih 3 kali ganda.


Money is NOTHING,
Knowledge is EVERYTHING




Konklusi


Catatan ini menceritakan BAGAIMANA rakan kita berbangsa Cina melihat pelaburan Unit SHOP LOT


" Biar rumah kecik , duduk  dalam store pun tak mengapa !
Janji duit kita pergi bayar beli kedai maa ! "


Mereka sendiri mengakui pelaburan SHOP LOT menghasilkan keuntungan lumayan. Orang Cina terkenal dengan kefasihan Bahasa dan Ilmu perniagaan. Salah satu Ilmu perniagaan yang sangat penting dikuasai ialah menguruskan WANG. Mereka handal MENYIMPAN Wang dengan jimat cermat dan  mahir menghidu peluang Pelaburan untuk melipat gandakan kekayaan mereka

Mereka tidak melihat Wang sebagai sesuatu yang perlu dihabiskan. Mereka melihat Wang untuk digandakan dengan lebih banyak lagi melalui Instrument pelaburan yang ada dan paling efisyen


Mana yang elok dijadikan pedoman dan panduan. Paling menarik adalah melihat cara mereka berfikir  dan cara Bagaimana mereka menarik seluruh kapasiti yang ada untuk pergi ke tahap yang lebih jauh daripada kemampuan sebenar. Dengan Ilmu, disiplin dan matlamat yang jelas  semuanya bukan mustahil..

Untuk Tempahan EBOOK PANDUAN & STRATEGI MELABUR SHOPLOT. Anda boleh "Klik" LINK dibawah ini dan ikut panduan yang diberikan. Terima kasih 

No comments: