*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ
*GUIDE TO INVESTING
Catatan ini diambil daripada komentar rakan saya yang juga seorang Banker, Property Investor tegar dan juga Speaker ASB yang sedang meningkat naik di pasaran pada ini. Lebih banyak catatan, panduan dan ngomelan Khairul Ezuwan di status FB beliau. Feel free to "follow" beliau memandangkan jumlah friendlist sudah mencapai angka maksima --> https://www.facebook.com/khairul.ezuwan.1?fref=ts
Kaedah rakan bangsa Cina beli kereta sebagai panduan yg bermanfaat
=========================================================
Walaupun masih mood berhari raya, saya nak share sikit mengenai idea Kewangan ni. Kita selalu melihat segelintir orang setiap 3 atau 4 tahun asyik bertukar kereta baru, selepas itu siap "upgrade" lagi. Tidak lain dr kotak fikiran Kita hanya berfikir mereka ini orang kaya atau hanya membazir. Pemikiran Kita akan berubah bila kita tahu kaedah ini
1. Mereka akan pastikan deposit untuk Beli kereta tidak kurang 20% dari harga kereta tersebut sebagai contoh kereta berharga RM100K dengan RM80K sahaja pinjaman
2. Tempoh pinjaman maksimum hanya 5-7 tahun sahaja. Yang banyak saya lihat, jika harga begini, mereka akan guna kaedah 5 tahun sahaja. Sebenarnya Kita boleh bayar untuk tempoh 5 tahun tapi Kita yg buat pilihan utk 9 thn
3. Kenapa 5 thn? Warranty kereta baru biasanya max 5 tahun sahaja & banyak kereta buat masalah lepas 5 tahun. Mereka akan tukar kepada kereta baru sebelum tempoh warranty tamat. Dapat warranty baru lagi 5 tahun. Maknanya less cost of maintenance dan berkait juga dgn keselamatan seperti risiko brake down di tengah jalan
4. Trade in kereta tersebut selepas tempoh 5 tahun, kereta pun dah habis bayar. Ambil depreciation value 10% setahun. Maknanya value masih ada RM50K. Jadikan sebagai deposit kereta baru yang berharga RM130K. Pinjaman RM80K sahaja. Jadi komitmen still tidak berubah tetapi dapat kereta baru yang lebih selesa dan yang paling penting peace of mind dengan warranty yang ada
5. Kereta baru interest rate yang rendah. "Lebih pendek tempoh pinjaman semakin rendah kadar interest"
Sekadar berkongsi kaedah, tidak semestinya boleh diikuti kerana setiap org mempunyai capacity, capability & mentality yg berbeza -KEY-
**Point utama disini adalah kita dapat melihat bagaimana rakan kita berbangsa Cina menguruskan Kewangan dengan cara yang paling efisyen yang boleh. Adakah anda mempunyai cara yang lebih efisyen daripada ini? Boleh kongsikannya disini untuk kita sama-sama buat perbandingan dan dapatkan solusi yang lebih berimpak tinggi. Semoga terus sukses
#taksalahlearnfromthebest
No comments:
Post a Comment