Thursday, 6 November 2014

Bagaimana Pelaburan Hartanah Menjadi PERNIAGAAN Yang Sangat Lumayan Kepada Anda!?

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Perhatikan laluan NAGA yang sedang pesat berkembang

Pelaburan Hartanah boleh dijadikan "PERNIAGAAN" yang sangat menguntungkan. Apabila anda mempunyai UNIT HARTANAH yang semakin bertambah anda akan semakin merasainya "adrenalinnya". Di dalam PELABURAN HARTANAH anda memperoleh keuntungan berikut :


i) Posive Cashflow - Hasil sewaan di tolak bayaran intallment bulanan, maintenance, insurance etc


ii) Market Appreciation - Adalah nilai semasa pasaran keatas unit anda. Biasanya "NILAInya" akan sentiasa meningkat berikutan faktor inflasi, permintaan, kadar pertumbuhan penduduk, lokasi dan sebagainya


Dalam Pelaburan Hartanah anda cuma perlu bekerja keras diperingkat awal untuk membeli Unit idaman anda dan terpaksa korbankan sementara keinginan anda. Terutama dalam penyediakan jumlah DEPOSIT 10% @ 20% yang dikenakan dan pinjaman dengan pihak Bank. Selepas pada itu serahkan kepada "Penyewa anda yang Budiman" yang  membayar bayaran installment anda. (Kisah Bagaimana mendapatkan Penyewa dari Syurga dan mengendalikan Penyewa yang "Ketegaq" akan diceritakan di dalam BAB seterusnya"

Selepas itu biarkan INFLASI dan faktor PERMINTAAN pasaran yang bekerja dan menaikkan "Nilai" Hartanah anda sambil menikmati "Positive Cash Flow" yang ada


Lokasi Rumah teres 2 tingkat di Bandar Sri Damansara


CONTOH :-

Lokasi : BANDAR SRI DAMANSARA
Jenis   : TERES 2 TINGKAT

i) Harga Unit Baru                        = RM145,000.00
ii) Tarikh Beli = 1996
iii) Tempoh                                  = 18 Tahun
iii) Nilai semasa tahun 2014        = RM1.1M - RM1.2M
v) Keuntungan Bersih                     = +- RM1,000,000.00


Andaikan anda sangat rajin di peringkat awal sehingga mampu membeli 10 Unit rumah!  Atau pun 20 Unit Rumah!? Berapakah pulangan yang bakal anda peroleh selepas tempoh 20 Tahun?. Jika begitu mengapa anda tidak berusaha lebih sedikit dan dapatkan lebih banyak Unit di Lokasi Strategik hingga 200 Unit.. atau semaksimum mungkin yang mampu.

Sudah pasti ramai yang tidak mampu mengumpulkan jumlah Jutaan Ringgit tersebut. Bagaimanapun di dalam Pelaburan Hartanah anda boleh melakukannya. Justeru pastikan anda terus BERDISIPLIN  mencapai matlamat Pelaburan Hartanah anda. Semoga terus sukses

No comments: