Salam dan Selamat Malam diucapkan
"Mengapa Melabur di Pasaran Hartanah" adalah post saya yang pertama di dalam blog ini. Mudah -mudahan dapat membuka MINDA dan HATI anda untuk memulakan PELABURAN HARTANAH sekarang.
Pelaburan Hartanah sebenarnya mampu membantu anda menjana Wang yang sangat lumayan sekiranya anda mempelajari "TEKNIK" melabur yang betul dan berkesan. Contohnya : Anda sekarang bekerja sebagai seorang kakitangan Awam atau anggota beruniform. katalah anda seorang askar yang akan pencen awal pada umur sekitar 40-an. Anda merancang untuk membuat sebuah rumah selepas anda bersara dan menggunakan Wang simpanan KWSP atau lain-lain tabungan yang anda ada semasa anda di dalam perkhidmatan. Anda rasa berapakah "amount" yang anda akan perolehi semasa anda di dalam perkhidmatan tersebut. katalah RM100,000.00. yang anda akan terima. Adakah jumlah ini mencukupi untuk anda membeli sebidang tanah dan membina sebuah rumah idaman? Sekiranya anda memperolehi RM200,000.00 adakah masih mencukupi, seterusnya jika anda menerima RM300,000.00 mungkin agak mencukupi tetapi berapa ramai yang mampu memperolehi amount ini selepas bersara. Selepas ditolak sekian pinjaman yang dipohon sepanjang anda di dalam perkhidmatan sudah pasti angka yang anda akan terima semasa menamatkan perkhidmatan juga turut berkurangan.
Saya kongsikan satu TIP untuk anda di sini. Andaikan anda akan pencen lagi 10 tahun. Anda mula membeli sebuah apartment 3r 2r berharga RM60k dengan keluasan 650sf. Anda perlu sediakan deposit sebanyak 6k sebagai bayaran 10% semasa tandatangan Perjanjian JUAL BELI dan bagi kos guaman masukkan bersekali didalam pinjaman anda. Di Kuala Lumpur pada masa ini kadar sewa yang anda akan perolehi sekiranya unfurnish adalah RM500pm sebaliknya jika semi furnished@ furnished harga sewa anda pasti akan lebih tinggi. Andaikan USIA anda pada masa ini adalah 35tahun dan boleh mohon pembiyaan pinjaman sehingga berusia 70tahun dan anda mohon pinjaman 90% @ 54k sehingga 35tahun dengan kadar faedah kira-kira BLR - 2.1 %. Anda perlu membayar pinjaman bulanan kira-kira RM300.00 sebulan. Ditolak bayaran maintenance sebulan RM50.00 anda akan memperolehi positive CASHFLOW sebanyak RM150.00 sebulan untuk sebiji rumah. Saya cadangkan anda membeli sebiji rumah lagi menggunakan nama isteri dan anda akan memperolehi tambahan POSITIF CASHFLOW RM150.00 lagi menjadikan keseluruhan tambahan pendapatan anda adalah sebanyak RM300.00 sebulan.
Saya cadangkan anda membeli sehingga rumah yang ke-4 dan anda masih memperolehi pembiyaan sehingga 90% daripada harga belian. Rumah sebanyak 4 buah ini anda akan simpanan sehingga tahun ke-10 dan seterusnya. Dengan membuat PELABURAN di LOKASI dan MASA yang tepat. Anda mampu menjana keuntungan BERSIH sebagai RM150k bagi seunit rumah apabila anda mula menjual rumah anda selepas 10 tahun iaitu pada masa anda mula bersiap-siap untuk pencen dan menamatkan perkhidmatan. Dengan 4 unit rumah yang anda miliki dan anda bercadang menjual kesemuanya untuk membiayai pembelian TANAH dan membina RUMAH BARU anda Ini bermakna anda mampu memperolehi Wang sebanyak kira-kira RM600k semasa anda telah bersara pada masa tersebut. Turut dicampur ialah Wang caruman KWSP anda kira-Kia RM100k. Ini bermakna anda akan memperolehi jumlah Wang didalam tangan sebanyak kira RM700k dan yang best tentu banyak perkara yang berfaedah yang boleh dilakukan dengan Wang sebulan ini. Pokoknya anda perlu "BIJAK MERANCANG" dari awal dan berDISIPLIN dalam perancangan anda..
Lain- lain TIPS yang akan saya kongsikan di dalam laman blog ini diantara nya adalah seperti berikut:
- Bagaimana dengan melabur di dalam ASET boleh membiayaai "Kereta" anda... Fuhh tentu bestkan jika Kereta anda ada yang tolong membayarnya.
- Bagaimana HARTANAH mampu menjana pendapatan sebanyak kira-kira RM10k sebulan tanpa MODAL.
- Bagaiaman memperolehi sebanyak RM500k setahun pada setiap tahun apabila anda melabur didalam HARTANAH.
- Bagaimana PELABURAN HARTANAH boleh membantu anda menyediakan belanjawan perkahwinan tanpa membuat "Personal Loan" yang membebankan[khas untuk anak muda lepasan sekolah]
Seterusnya saya akan update status terbaru berkaitan HARTANAH untuk di kongsikan dengan anda Dari masa kesemasa. Semoga "orang kita" Terus Maju dan berjaya. Aminnn.
3 comments:
Sebiji Apartment berkeluasan 650sf pada masa ini berharga dalam lingkungan 60K. Kadar sewa sebanyak RM500.00pm. Positif CASHFLOW seunit rumah adalah RM200.00 Jika anda memiliki 4 unit rumah bermakna anda mampu memperolehi pendapatan tambahan RM800.00 sebulan ditambah dengan "MARKET APRECIATION" yang akan meningkat saban tahun.. begitu juga dengan kadar sewa.. best bukan
Saya share di blog saya http://goodshahalamproperty.blogspot.com
Terima Kasih Azura Hashim..
Post a Comment