Monday, 14 July 2014

BIJAK KEWANGAN : DEBT CONSOLIDATION "Selesai & Satukan Hutang"

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Selesai & Satukan Hutang

Home → Selesai & Satukan Hutang

Refinance Rumah : Selesai & Satukan Hutang

Objektif ini juga dikenali sebagai Debt Consolidation di mana semua hutang akan diselesaikan atau disatukan kepada satu hutang sahaja. Ini bermakna selepas lakukan refinance rumah, anda hanya perlu membayar satu hutang sahaja iaitu pembiayaan rumah.

Jika dibandingkan sebelum refinance rumah dilakukan, anda perlu membayar kepada beberapa bank bagi personal loan, 2-3 hutang kad kredit dan hutang-hutang lain. Perlu diketahui interest bagi personal loan dan kad kredit adalah tinggi walaupun anda membayar secara minimum.

Alternatif bagi masalah ini anda boleh membuat refinance rumah bagi menyelesaikan semua hutang interest tinggi. Setiap hujung bulan hati lebih tenang kerana menbayar kepada 1 bank sahaja dengan interest yang lebih rendah. Ini dapat menjimatkan wang anda dalam tempoh jangkamasa panjang, meningkatkan simpanan dan aliran tunai lebih baik.

Antara kelebihannya ialah :

* Selesaikan semua hutang kepada satu hutang sahaja.
* Interest lebih rendah jika dibandingkan dengan interest kad kredit atau pembiayaan peribadi / personal loan.
* Kaedah interest baki berkurangan. Personal loan guna kadar tetap sepanjang tempoh bayaran balik.
* Pengurusan aliran tunai yang lebih efektif.
* Dapat tingkatkan simpanan.

Sumber : http://www.refinancerumah.com/selesai-satukan-hutang/
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari link di atas

Apa itu OVERNIGHT POLICY RATE(OPR)

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Salam,


Bank Negara Malaysia(BNM) mengumumkan kenaikan baru OPR atau Overnight Policy Rate daripada 3% kepada 3.25%. Dalam frasa Bahasa Malaysianya bermaksud "Kadar Faedah Semalaman"

Penentuan OPR ini diputuskan oleh BNM dalam menguruskan Dasar Monitori Negara Malaysia kearah berdaya maju, stabil dan produktif secara Makro Ekonomi. Ada petunjuk tertentu yang diambilkira oleh BNM dalam menentukan kadar OPR. Antaranya ialah mengawal kecairan modal di dalam pasaran, membendung NPL, membendung tabiat hutang, lebihan penawaran dan sebagainya.


 Ini kerana kenaikan kadar OPR akan memberi kesan kepada kadar Faedah sekaligus kepada pengguna/peminjam. Kos yang naik ini akan dipindahkan oleh pihak Bank kepada pengguna. Pengguna akan menanggung kesan ini jika terakses terus kepada Base Lending Rate(BLR) hasil daripada pembiayaan Hartanah, Fixed Deposit Rate atau apa-apa "rate" yang berkaitan dengan pembiayaan, pinjaman dan kewangan.

Kepada Pelabur Hartanah kenaikan OPR ini bermaksud Kos bayaran Hutang dengan pihak pembiaya akan meningkat dalam masa yang sama "return" dalam bentuk hasil sewaan adalah sama. Keadaan ini sekaligus mengurangkan "Positive Cashflow" yang dinikmati selama ini. Semakin banyak Unit yang anda "invest" menerusi pembiayaan semakin anda terasa kesan kenaikan OPR ini. Langkah jangka pendek mengatasi masalah ini. Pelabur Hartanah yang mempunyai Unit-Unit sewaan yang "Hot" dipasaran akan mula berkira-kira menaikkan kadar sewa semasa kepada "Tenant" sebaik tamat Perjanjian Sewaan.

Kenaikan OPR ini menyebabkan ramai Pelabur Hartanah akan lebih berhati-hati membuat pembelian baru. Disamping kekangan sedia ada yang dikenakan seperti kenaikkan kadar "Real Property Gain Tax" RPGT hingga tempoh 5 tahun dari tarikh pembelian. Bagi Pelabur Hartanah jangka panjang kenaikan OPR kurang memberi kesan kerana mereka mengejar "Value" atau kenaikan Harga Pasaran pada masa akan datang.

Kepada Pelabur Hartanah selamat melabur. semoga terus disiplin dan fokus mengurus Kewangan peribadi anda. Ini kerana antara syarat utama memperolehi keuntungan signifikan di dalam Pelaburan Hartanah adalah mahir dan pintar "mengurus Kewangan peribadi"  dari hal yang paling kecil hingga melibatkan isu besar berkaitan kewangan.. Maksimumkan sumber yang dimiliki, kurangkan kerugian dan tingkatkan kecekapan untuk terus kekal bersaing dan produktif. Anda tidak bersaing dengan sesiapa kerana persaingan paling besar adalah dengan diri sendiri!

"The Best Preparation For Tomorrow Is Doing Your Best Today"


Saturday, 28 June 2014

ANTARA LANDLORD & TENANT

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING




Dulu semasa menyambung pelajaran. Selain buku-buku teks yang menjadi bacaan wajib setiap masa. Majalah "Ujang" adalah antara majalah yang menjadi kegilaan masatu . Selain kartun gaya baru yang dibawa oleh Ujang & Team Kartunis yang gila-gila memang mereleasekan stress yang dialami. Liku-liku kehidupan sebagai pelajar terasa sedikit ringan dengan lawak Antarabangsa Pakcik Din Beramboi & kawan-kawannya serta Cerpen yang menjadi kegilaan semasa "Aku Hidup Dalam Blues" Thee he he... You guys are Awesome!!

Arini sorang daripada Kartunis Majalah Ujang yang aku minati "Kartunis Taugeh" sudi menyewa Shop Lot(Corner Unit) aku yang terbaru and the deal have been finalized. Nak buat Studio Animation katanya. Animation terbaru karyanya "Aku Budak Felda" sedang menunggu masa ditayangkan di kaca TV. Juga nak buka "Kedai Nasi Ayam Taugeh". Alhamdulillah rezeki menjelang Ramadhan 



DO WHAT YOU LOVE! AND SUCCESS WILL FOLLOW

Tuesday, 24 June 2014

E BOOK Pertama dilancarkan : PANDUAN LENGKAP & STRATEGI MELABUR SHOPLOT

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING





Salam & Hi kepada pembaca yang Budiman

E Book ini lahir hasil daripada sambutan hangat & hit tertinggi yang  diterima melalui pembaca sekalian. Entry yang bertajuk "STRATEGI MELABUR SHOP LOT & SKIM PENCEN" telah menjadi Post yang paling "Popular" dan menjadi rujukan ramai

Kupasan yang saya bawa di dalam E BOOK "PANDUAN & STRATEGI MELABUR SHOP LOT" ini  lebih menyeluruh berbanding Entry di dalam Blog kerana ruang yang ada


Tawaran !!

E BOOK ini adalah hasil pengalaman sebenar saya melabur dan menikmati hasil di dalam Pelaburan Komersil iaitu SHOP LOT. Justeru dengan pengalaman ini maka terhasillah E BOOK ini. Langkah ini diharap dapat berkongsi pengalaman dengan lebih ramai Usahawan Melayu & Bumiputera diluar sana untuk memiliki unit SHOP LOT anda sendiri di Lokasi Strategik

INSTALLMENT Bank yang anda bayar sebenarnya jauh lebih rendah berbanding anda membayar sewa kepada "LANDLORD". Anda cuma perlu ketahui RAHSIA nya. 

Antara kandungan penting yang terdapat di dalam E BOOK ini adalah :-
i) Mengapa Anda Melabur SHOP LOT
ii) Bagaimana Memilih SHOP LOT yang berdaya maju dan mempunyai penyewa  kurang 6 Bulan - 1 Tahun daripada tarikh anda memperolehi CF
iii) Memohon Pinjaman yang sesuai
iv) Contoh Pengiraan dan Modal yang diperlukan
v) Perbandingan Diantara Pelaburan Unit Kediaman & Komersil
vi) Kelebihan & Kelemahan Pelaburan SHOP LOT berbanding Unit Kediaman
vii) Strategi yang digunakan untuk mengurangkan RISIKO tiada penyewa(Risk Management Shop Unit)



EBOOK ini dijual dengan harga RM55.00 dan NILAI yang dikongsi di dalam E BOOK ini jauh lebih mahal berbanding harganya

Cara Pembelian E Book
============================== 
1. Buat bayaran RM55.00 ke Akaun MAYBANK No. 5143 9250 3890 Bayaran kepada JENTAYU SERVICES

2. Hantar email ke kuzaifah77@gmail.com dengan Tajuk "PANDUAN & STRATEGI MELABUR SHOP LOT" . Berikan NAMA penuh anda, NO PHONE & EMAILKAN bukti Pembayaran

3. Saya akan kirimkan ebook ini melalui email dalam format pdf dalam masa 2 jam

NOTA : Jika masih terus kebuntuan. Tuan-tuan boleh INBOX di FB saya seperti berikut https://www.facebook.com/huzaifa.abdullahsani 

PELABURAN ILMU adalah satu bentuk Pelaburan yang sangat menguntungkan. Anda melabur sekali tetapi ILMU yang diperolehi akan terus kekal selamanya. Anda tidak perlu lagi membuat keputusan yang salah kerana sudah ada ILMU yang betul. Anda tidak perlu lagi rugi MASA, WANG mahupun TENAGA kerana telah mengikuti Langkah-langkah & Strategi yang betul dari awal

SEMOGA ANDA TERUS SUKSES!


HUZAIFAH ABDULLAH SANI
Shah Alam
Selangor Darul Ehsan 

Sunday, 22 June 2014

Bacaan Alfatihah yang sungguh Merdu oleh Imam Muhammad Taha Al Junayd

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING




Muhammad Taha Al Junayd. Bacaannya sungguh merdu & bisa menyentuh hati kita yang menjadi Makmum






http://www.youtube.com/watch?v=W7nly7Lqr7k



Wednesday, 18 June 2014

Outdoor : Menikmati Keindahan Alam di Taman Negara

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING



Salam dah Hi diucapkan,


Video lintas sungai yang mencabar
Bersama ikan "Sebarau" yang berjaya di Pancing

Minggu lepas 11hb - 14hb Jun, 2014 saya dan teman-teman berpeluang melakukan antara aktiviti kegemaran iaitu "Memburu Lubuk Kelah". Trip kali ini kami ke ulu Sungai Keniam. Kira-kira 3 jam menaiki Boat daripada Checkpoint Kuala Tahan. Itu pun bergantung kepada "paras" air. Jika air tinggi agak mudah untuk sampai ke Lokasi Perkemahan dalam jangkamasa berkenaan. Bagaimana pun jika paras air rendah. Terpaksalah merasai pengalaman menolak Bot dan mengharungi dasar sungai yang penuh dengan batu-batu yang berbentuk bulat dan licin. Tempoh masa pula akan jadi lebih panjang.

Air sungai yang sejuk dan jernih

Walaupun dengan segala kepayahan yang diharungi semuanya tiba-tiba hilang apabila sampai ke lokasi Perkhemahan. Menikmati suasana alam yang menyegarkan sambil diringi bunyi deruan deras air mineral yang mengalir di batuan, unggas berkicau riang, kocakan air apabila ikan-ikan besar bermain-main dengan serangga yang hinggap dipermukaan air, kejernihan air sungai yang mengalir dan
Sangat tenang & mendamaikan
sebagainya perasaan ini memang tiada tandingannya. Feelnya memang berbeza. Subhanallah

Boleh dikatakan "Feel" ini sama dengan perasaan saya semasa di Edgware Road, Kota Londan sambil menghirup Kopi ekspresso dan memerhati gelagat Mat Saleh yang lalu lalang dengan pelbagai fesyen, budaya, agama & pemikiran yang berbeza.
Boatman yang best

Pokoknya apabila anda dapat pergi ke tempat yang anda tidak pernah pergi. Fikiran anda akan terasa nyaman sekali, lebih bertenaga, Minda anda akan lebih produktif & dapat banyak idea baru ibarat Minda anda telah dikembangkan sebelum dibawa balik ke tampat anda jalani kehidupan. Benarlah pepatah Melayu ada mengatakan "JAUH PERJALANAN LUAS PENGALAMAN". Pergilah mengembara/ melancong dan nikmati Keindahan Ciptaan Yang Esa semoga anda lebih menghargainya.

Next trip rencananya ke Sungai Sepia dengan cabaran yang lebih mendebarkan kerana jarak perjalanan yang lebih panjang dan jeram yang lebih tinggi & sempit hingga ke hulu.