Monday, 31 July 2017

PANDUAN BELI TANAH

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


PANDUAN BELI TANAH

"Tanah Tak Boleh Buat Macam Rumah: Sekali Beli Lu Punya Selama-lamanya" - Kata Hikmah Pedagang

1. Jangan terburu-buru untuk membeli tanah, pelajari dan bandingkan harga tanah tersebut dengan harga tanah yang lain.

2. Jangan membeli tanah dari orang tengah kerana biasanya mereka meletak denga harga yang tinggi. Kalau boleh carilah tuan tanah sendiri yang ingin menjual tanah kerana harganya pasti lebih murah dan masih boleh dirunding.

3. Cari tanah dengan posisi yang strategik seperti dekat dengan sekolah atau pasar dan di tepi jalan besar.

4. Semak dahulu geran dan tengok lokasi tanah. Pastikan no PT, Lot dan lain-lain perkara pada geran sama dengan lokasi tanah.

5. Periksa kelengkapan geran tanah tersebut adakah ia milik perseorangan atau milik berkumpulan. Jika penama terlalu ramai, maka prosesnya mungkin rumit sedikit.

6. Buat cabutan hak milik (kos RM20) dengan pejabat tanah di mana tanah tersebut berada untuk memastikan adakah penama dan tanah tersebut benar-benar wujud agar kita tidak tertipu.

7. Jika menggunakan agen pastikan anda minta nombor telefon tuan tanah dan lebih baik berjumpa dengan tuan tanah.

8. Semak kad pengenalan tuan tanah dan pastikan ianya sama seperti dalam geran.

9. Pilih tanah yang tidak mempunyai apa-apa sekatan. Perkataan ini biasanya tertulis pada geran. Jika ada sekatan, prosedurnya akan menjadi rumit. Jadi kalau ada sekatan, tolong tolak awal-awal agar ia tidak menyusahkan kita dan akan melambatkan proses pembinaan rumah.

10. Seeloknya buat perjanjian jual beli untuk menjaga kedua-dua pihak

No comments: