Wednesday 22 March 2017

MAKNA TERSIRAT YANG PERLU ANDA TAHU JIKA HARGA PASARAN(MV) JAUH TINGGI BERBANDING HARGA JUAL

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Hati-hati membeli Hartanah Anda Baca Situasi Dengan Bijak!

Ada Dua makna bila anda jumpa situasi unit property Harga Pasaran(MV) jauh lebih tinggi dari Harga Jualan macamni :- 

CONTOH :
Unit Rumah Semi D
Harga Pasaran(MV) RM1,000,000.00)
Harga Jualan RM750.000.00
10 % Downpayment RM75,000.00
Loan 90% daripada RM1,000,000.00 = RM900,000.00 adalah Nilai maksimum boleh dapat pembiayaan pihak bank

900,000.00 - 675,000.00(750k - 75k) = 225,000k cashout

1. Anda Dapat CASHOUT Tinggi Hingga 225k.
Part ni ramai tau sebab dapat cash besar. Biasalah bab-bab duit mudah & senang macamni cepat je tau haha


2. **Kebanyakkan Unit-Unit Begini Sukar Nak Jual Dalam Jangka Panjang.
Bab ni ramai kurang lihat natijah disebalik harga jualan rendah tu. MV tinggi tapi harga jual rendah membawa makna kurang Permintaan keatas unit berkenaan(disebabkan beberapa faktor)


Jika wujud permintaan hangat.. pasti lama dah harga tu melambung rapat hingga ke paras MV.
Bila anda beli jenis unit hartanah macamni sebab dapat cashout tinggi. Hati-hati sebab kemungkinan nak jual semula susah nanti. Silap haribulan harga terpaksa turunkan lagi untuk tarik minat pembeli
Hati-hati wehhh nak membeli...

No comments: