*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ
*GUIDE TO INVESTING
Urus Risiko Pelaburan Anda Dengan Bijak! |
Satu faktor
terpenting apabila buat keputusan Pelaburan ialah "Bagaimana Mengurus
Risiko Pelaburan" tersebut. Soalan ni Universal untuk sebarang bentuk
pelaburan samada >>> pelaburan Hartanah, Saham, Emas, Forex,
Skim rumah murah dari pemaju jurusan Al Azhar, Mekah Fund
berlatabelakangkan Kaabah dan sebagainya. Jika risiko belum dapat
diuruskan dengan baik lebih afdal KIV keputusan tersebut. Paling baik
jauhkan diri sementara dapatkan info lengkap selanjutnya..
Tak guna melabur hartanah 2 tahun kemudian terpaksa jual semula pada
harga yang sama masa beli. Lebih buruk lagi terpaksa Jual pada bawah
harga pasaran & termasuk kategori "desperate seller". Asalkan ada
harga tawaran terbaik jual cepat-cepat kasi clear sebab tak nak lagi
menanggung bayaran installment bulanan yang -ve dan tak dapat menjana
pendapatan +ve yang diperlukan. Sebab tu dalam melabur Hartanah risiko
yang rendah & mudah diurus ialah beli unit sedia ada penyewa dan
harga tak terlalu mahal. Lebih baik sekiranya unit berkenaan ada +ve
Cashflow iaitu bayaran sewa lebih mahal daripada installment bulanan
adalah permulaan pelaburan yang sangat baik. Daripada beli unit yang
risiko tinggi kerana idamkan pulangan lebih tinggi. Anda seharusnya
bersedia dari segi kekuatan Kewangan, pengetahuan lebih luas, exit plan
dan sebagainya untuk mengimbangi Risiko berkenaan.
Melabur bukan
"perjudian" macam cerita God of Gambler. Ada petunjuk-petunjuk untuk
menguruskannya dengan betul. Urus risiko dengan bijak berdasarkan
Calculated Risk. Bukan andaian atau bergantung kepada nasib. Tak tahu
perlu banyakkan bertanya, dapatkan maklumat yang betul, hadiri kelas dan
sebagainya supaya tak sesat jalan serta dapat dipimpin kejalan yang
lurus, benar & diredhai...
Sekali buat keputusan pelaburan
yang silap pasti merencatkan rancangan pelaburan seterusnya. Makan tahun
jugalah nak selesaikan hingga clear. Hingga kadang tu ada yang give up
dan salahkan pelaburan tu sendiri ish..ish
Biar melangkah perlahan
asal langkah yang pasti. Tapi kalau boleh langkah laju & buat
keputusan yang tepat pasti yang terbaik. Pokok pangkalnya ukur baju
dibadan sendiri @ ukur Personal Profile sendiri sebelum submit kepada
Bank untuk permohonan pembiayaan
💖💖💖💖
💖💖💖💖
No comments:
Post a Comment