Saturday, 21 January 2017

PASARAN HARTANAH 2017 : SALAHKAN KEADAAN JAUH LEBIH SENANG DARI DIRI SENDIRI

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Salah Siapa sebenarnya ni..

Ia sebenarnya asas Ekonomi mudah. Samada sudut Makroekonomi yang melihat industri Hartanah di negara ni secara keseluruhan mahupun hal lebih spesifik dari sudut Mikroekonomi

Nak diikutkan banyak kawalan yang dibuat melalui Bank Negara Malaysia BNM untuk membendung pelabur tegar ambil kesempatan keatas pasaran Hartanah sekarang ni >>> Kawalan kadar faedah, skim rumah pertama, kedua dan seterusnya, dasar monitori negara, OPR @ Overnight Policy Rate, kawalan percukaian RPGT, duti stem dll. Pokoknya makin banyak beli rumah makin kurang peratusan kadar pembiayaan yang diperolehi hingga ada yang 60-70% ja. Kalau rumah harga 500,000 loan 70% lulus bermakna deposit yang dikeluarkan tunai 150,000. Berapa banyak lagi biji rumah boleh dibeli selepas rumah kedua. Rumah pertama dan kedua jer yang diberi insentif loan sehingga 95% dari harga rumah. Nak beli Apartment murah harga 100,000 pun semua dikawal. Sesetengah lokasi pendapatan isi rumah jumlah 5,000 sahaja yang boleh miliki & belum miliki apa-apa rumah lagi. Sahlah rumah cenggini pelabur tak boleh beli melainkan anak muda yang bijak ambil peluang. Kalau tak ada kawalan pasti dah lama kena borong & harga akan lebih mahal berbanding sekarang ni

Dengan pertumbuhan pesat sistem pengangkutan MRT di Kuala Lumpur masani. Ramai pemaju dan pembeli ambil peluang yang ada. Peluang sebegini bukan selalu datang Ibarat sekali seumur hidup pada masa, tempat & harga paling rendah. Meriahnya suasana pasaran hartanah sekarang ni hingga ramai pemaju baru muncul bagai cendawan tumbuh. Ada kontraktor renovasi kecil-kecilan pun dah upgrade jadi pemaju. Tu belum lagi tokey kedai kain jadi pemaju lot komersil, tokey manufacturing mahupun syarikat yang dulu tumpu bidang perkhdmatan pengangkutan & penghantaran seluruh negara pun boleh terjun jadi pemaju segera. Bukan susah bila dah ada kapasiti modal yang cukup. Hanya kumpulkan & organise kepakaran terbaik laksanakannya. Pembeli pula yang kena hati-hati dan periksa betul-betul latar belakang pemaju sebelum membeli. Takut-takut projek terbengkalai, tak ada daya maju, kualiti rendah dan sebagainya..

Justeru tak patutlah abam marah-marah salahkan keadaan & mereka yang bertungkus lumus jadi lebih bijak cikit untuk ambil peluang yang ada. Ada yang terpaksa naik kapcai bertahun untuk simpan ASB sebelum terminate 3 tahun lepastu. Ada juga yang sanggup tangguh kehendak sementara beli Honda Civic 2.0 nak buat simpnan, buat dua tiga kerja sehari pun banyak untuk tambah tabungan, buat part time atau apa-apa yang boleh tambah simpanan untuk pelaburan masa depan 

Pokoknya jadi individu yang positif anda pasti menarik lebih banyak benda positive datang kepada anda. Sekurang-kurangnya minda pasti lebih terbuka & mampu lihat banyak peluang depan mata^_^

No comments: