*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ
*GUIDE TO INVESTING
DALAM PELABURAN HARTANAH 2 PERKARA UTAMA YANG PERLU DIMAHIRKAN :-
1) Teknikal
2) Strategi
Unit Banglo |
Isu TEKNIKAL adalah seperti hal ehwal berkaitan Proses Pembelian
bermula daripada kenalpasti Unit Idaman, membuat Tawaran Harga, Proses
Perundingan, Persetujuan Harga Jual Beli, Dokumentasi Loan, Penyediaan
Profile Kewangan, Kenalpasti Bank pembiaya yang berikan Kadar Faedah
semasa yang terbaik, Insuran Hartanah, Perjanjian Jual Beli, Perjanjian
Pinjaman, Proses Pindah milik, Isu Sewaan dan sebagainya. Isu Teknikal
ini boleh dipelajari dengan PERCUMA jika rajin Google Blog Hartanah atau
mengikuti perkongsian di FB. Anda juga boleh pelajarinya di Seminar
Hartanah yang di adakan serta EBOOK-EBOOK Hartanah yang ditulis oleh
Pelabur tegar berpengalaman
.
Seterusnya bahagian yang lebih
penting dan mencabar dalam Pelaburan Hartanah ialah STRATEGI Hartanah.
STRATEGI Hartanah sangat penting untuk di hadam kerana jika salah buat
keputusan Pelaburan ia akan melambatkan perjalanan Pelaburan Hartanah
seterusnya. Lebih burukkan keadaan kesilapan percaturan buatkan langkah
seterusnya terhenti sama sekali gara-gara tidak mencapai objektif
Pelaburan samada untuk Pulangan Sewa atau Aprisiasi Pasaran untuk Jual
Semula(subsale). Worst Case Scenario unit yang anda beli tiada Penyewa
atau Pembeli(unit subsale) dan anda perlu top up duit poket sendiri
setiap bulan untuk membayar pada Bank Pembiayaan
.
Hati-hati membuat pelaburan yang berisiko tinggi. Urus risiko dengan bijak.. jangan sampai terscam diri sendiri
.
Strategi Hartanah terutama Hi Risk Hi Return jarang didedahkan secara
terbuka terutama di media sosial seperti FB, Instagram dan sebagainya
kerana Informasinya bernilai tinggi... Tapi kadang-kadang yang tak
tinggi return pun jarang dikongsi-kongsi hehe. Apapun banyakkan observe
dan pilih maklumat yang diberikan. Rajin-rajin melawat kawasan
Pembangunan semasa, akan datang dan yang dah lama dibangunkan.
Rajin-Rajinlah juga membuat kajian & ujian pasaran di mudah dot com,
iproperty dot com dan sebagainya. Anda juga digalakkan kenalpasti
Seminar Hartanah atau Consultant yang mampu berikan informasi pelaburan
bernilai sesuai dengan situasi Kewangan semasa dan akan datang kerana
situasi berbeza dah tentu perlukan Strategi berbeza.. Tak rugi keluarkan
sedikit Pelaburan untuk dapatkan TIPS & nasihat terbaik bagi
menggelak tersontot di masa hadapan & berikan jalan lebih pantas
mencapai matlamat Pelaburan!
“Knowledge is Power.. until it is Applied”
No comments:
Post a Comment