*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ
*GUIDE TO INVESTING
Kereta tu kau sambung bayar tetapi hak milik kereta masih kawan kau. Kau akan menghadapi masalah terutama jika berlaku kematian kepada tuan kereta atau kecurian.
Bahaya Sambung Bayar Kereta Walaupun Buat Surat Perjanjian
Malam tadi aku dihubungi rakan minta tolong aku buat satu surat perjanjian.
Orang putih kata agreement
Aku tanya surat apa. Dia jawab surat perjanjian sambung bayar kereta. Dia kata kawan dia tidak mampu bayar jadi kawan dia offer pada dia kereta untuk disambung bayar secara bulanan
Aku cakap, tindakan kau tu bagus sebab nak tolong kawan tapi minta maaf sebab aku tidak boleh buat surat perjanjian sebegitu
Aku cakap sangat berisiko. Aku tak nak orang lain cakap, loyer mana yang ‘tidak berapa cerdik’ yang buat perjanjian kat kau ni?
Kereta tu kau sambung bayar tetapi hak milik kereta masih kawan kau. Kau akan menghadapi masalah terutama jika berlaku kematian kepada tuan kereta atau kecurian.
Aku cakap walau berjela dan beratus muka surat pun surat perjanjian
aku tulis , ianya tidak akan membantu jika berlaku sebarang masalah
kerana tuan asal masih mempunyai hak mutlak kepada kereta tersebut
Aku cakap surat begini tidak sah,orang putih kata not valid, loyer sebut ‘void ab initio’ , sekalipun dibuat peguam kerana ianya tidak mengikat pihak sebenar iaitu bank kerana perjanjian ini antara kau dan kawan kau dan bukan bank
Jadi aku cakap aku bukan tidak mahu tolong kau tapi apa guna aku buat surat tetapi tidak laku dan tiada ‘legal effect atau implication’
Aku cakap jika tuan kereta mati, engkau lagi susah kerana waris yang
layak boleh mengabaikan surat perjanjian ini yang termeterai dan berhak
menuntut kenderaan pada bila-bila masa
Kesian kan? Kau bayar bulan bulan tapi bila tuan mati waris senang
senang pergi ambil kereta tersebut dan engkau terkebil kebil. Nak sekat
memang tiada kuasa. Engkau buat report polis pun, mereka tidak akan layan
Tidak adil bukan? Memang tidak adil tetapi adil juga kerana membuat
sesuatu tanpa mengetahui akibat yang mungkin berlaku di depan hari
Aku cakap lagi kalau kereta dicuri atau accident teruk, dan kau nak buat claim insuran maka insuran hanya layan claim dari tuan kereta yang sah atau berdaftar aje
Kalau total lost pun, lepas tolak baki pinjaman, insurance company akan bayar kepada tuan kereta. Yang kau akan melopong
Aku cakap kalau kau nak tolong juga kawan kau, pergi bank dan buat
penjadualan semua atau bincang dengan bank, cakap tuan kereta sudah
tidak mampu bayar dan bank ada cara menolong pembeli kereta macam engkau
ni
Jadi aku minta maaf pada kawan aku sebab aku tidak mampu membuat surat perjanjian yang tidak sah
Aku cakap mana sah kau nak kawin dengan bini orang. Maksud aku ‘laki’
dia tu bank dan bank tak tau apa apa, lepas tu kau pulak pandai pandai
bawa bini orang kawin lari. Aku sinis aje tapi aku yakin kawan aku tak
sedikit pun terasa. Kalau nak terasa pon elok jugak. hi hi hi
Aku cakap lagi agreement macam ni salah dan jual beli kereta
begini mengikut Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212) jika disabitkan boleh
disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh lima ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya
Tambahan pula prinsip undang-undang adalah jelas, seksyen 24 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan jenis-jenis perjanjian yang void ab initio
(batal dari permulaan lagi) di antaranya jika perjanjian itu menyalahi
mana-mana undang-undang, contohnya Hire Purchase Act atau Perjanjian
Sewa Beli 1967 seperti yang kawan aku nak buat ini
Jadi mungkin ‘Khutbah’ aku ini dapat menyedarkan kawan aku atau kawan kawan aku yang lain yang sudi membaca coretan aku ini.
Nota ini diambil dari status Facebook Tuan Hasif Hasan dengan izin. Beliau merupakan seorang peguam di Kota Bharu, Kelatan.
No comments:
Post a Comment