Monday, 29 August 2016

MELABUR di LUAR NEGARA

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


MELABUR LUAR NEGARA
============
Kotaraya Metropolis London


Hati-hati sekiranya merancang Pelaburan di Luar negara samada Hartanah dan sebagainya. Banyak tawaran Pelaburan yang menarik ditawarkan masa ni untuk merebut PELUANG yang ada katanya. Seperti melabur di US, LONDON, Australia, Spain, Jakarta dan sebagainya.

Saya kurang berminat invest di luar negara semata-mata untuk dapatkan ROI yang menarik kerana bayak lagi lokasi di Malaysia yang menarik malah jauh lebih baik. Sebenarnya banyak kekangan @ Weakness yang ada pada pelaburan di luar negara antaranya seperti :-


i. Regulasi yang kerap berubah
ii. Nilai matawang turun naik
iii. Kestabilan Ekonomi
iv. Kestabilan Politik
v. Faktor jangkauan
vi. Faktor Kawalan
vii. Budaya setempat yang berbeza etc


Justeru kekangan-kekangan diatas tak berbaloi untuk diambil kerana secara amnya berisiko tinggi. Kecuali sekiranya dengan Strength semasa yang anda ada boleh merendahkan Risiko berkenaan. Mungkin juga boleh dipertimbangkan untuk invest sekiranya benar-benar perlukan Unit di lokasi berkenaan kerana kerap ke sana atas urusan keluarga, pendidikan dan sebagainya. Daripada sewa baik ada unit sendiri. Sambil tu jika tak di gunakan bolehlah di subletkan kepada agen tempatan. Masa yang berlalu anda telah meraih keuntungan melalui Apresiasi Pasaran.
Ronda ke Scarborough, Yorkshire 

Sekiranya melabur dilokasi berkenaan untuk dapat keuntungan. Banyak lagi lokasi di KL/SELANGOR yang lebih menarik & sedang pesat membangun terutama di lokasi MRT & LRT dibangunkan

Katakan Tidak sekiranya ada yang tawarkan Peluang Pelaburan Tanah yang murah di sebuah lokasi di US. Katanya dalam tanah tu ada hasil minyak yang bermutu tinggi & boleh dapatkan keuntungan berlipat kali ganda dengan menjual semula hasil minyak berkenaan.

Anda tentu faham maksudnya disinikan. Jangan masukkan diri sendiri ke tali gantung yang akhirnya digunakan untuk menjerut diri sendiri

No comments: