Sunday, 10 January 2016

MELABUR HARTANAH PERLU ADA SIKAP YANG BETUL

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Cari Jalan Keluar ‪#‎findaway‬
Usah Beri Alasan
==============

cari Jalan keluar jauh lebih baik berbanding "alasan"


Anda selalu terdengar perbualan ini
"Kau bolehlah beli rumah sampai berbelas sebab masa kau beli beberapa tahun dulu harga rumah masih murah. Sekarang macamana nak beli harga semua dah mahal"
Kalau cari alasan memang ada saja alasan yang boleh diberikan. Faktor cuaca dan jubah pun boleh dijadikan alasan sebab mengapa tak mampu membeli RUMAH
Apa yang pemberi alasan itu tidak tahu atau buat-buat tidak nampak ialah >>>
Orang yang mengambil peluang awal juga mengalami banyak kesusahan dan keperitan. Tetapi yang membezakannya ialah SIKAP & Cara melihatnya #findaway. Antaranya :

i) Jurulatih Hartanah 
Sekitar pertengahan tahun 2005 tiada jurulatih hartanah yang mengajar mengenai hartanah kecuali Tn Azizi Ali. Sekiranya ada pun mungkin tidak dikenali. Nak pergi kursus pada masa tu memang mahal. Terpaksa belajar sendiri-sendiri. Paling kuat sempat pegi preview selama 3 jam disebuah hotel mewah... tetapi tak dapat teruskan ke kursus sebenar kerana fee yang dirasakan terlalu tinggi masa tu. Tambahan pula baru mulakan kerjaya. Nak tanya orang sebelah tentang hartanah usah harap kerana paling kurang anda akan dikatakan sedang buat lawak dan lawak anda tak kelakar


ii) Tiada Blog Pelaburan Hartanah 
Ramai tidak tahu jika diikutkan banyak perkongsian blog hartanah yang anda boleh khatam bab hartanah jika anda luangkan masa membacanya daripada melayan aktiviti tak berfaedah. Sekiranya masih tidak faham anda boleh terus bertanya kepada penulis serta rujuk lain-lain blog yang berkaitan. Point mungkin sama tetapi dengan olahan berbeza akan memberi lebih kefahaman


iii) Tiada FB dan Kamus Google
Aktiviti maya yang paling hangat pada itu ialah chating Mirc @ Internet Relay Chat. Maka ramai jugalah yang teruja berMirc dan berborak dengan rakan-rakan maya. Nak borak pasal hartanah lupakanlah


iv) Kurang Buku Hartanah 
Inspirasi awal tentang Hartanah pada masa itu sudah tentu dari Robert Kiyosaki melalui karya best sellernya iaitu Rich Dad Poor Dad. Juga beberapa buku karya Azizi Ali. Memang terdapat kesukaran untuk memahamkan terma-terma keewangan, Pelaburan dan Perniagaan yang digunakan. Sedangkan baru memulakan kerjaya, dunia baru hendak terbuka bercampur dengan pelbagai latar belakang profesion. Nasib baik ada sedikit background pendidikan jurusan Perniagaan. Kefahaman memang kurang tapi apa yang dilakukan ialah "Buat aje dulu, baru fikir kemudian" bila RK mengajarkan >>> Melabur Hartanah memberi Pulangan berlipat ganda melalui apresiasi pasaran di masa hadapan. Tidak ramai yang mengambil kesempatan ketika itu tambahan ahli keluarga dan rakan-rakan bukan ada pengalaman dalam bidang Pelaburan mahupun bidang Perniagaan. Bila cakap tentang Hartanah seolah-olah bercakap mengenai makhluk asing yang jauh dari Planet Bumi

v) Kerja Makan Gaji
Dalam Pelaburan Hartanah perkara pertama yang perlu dimahirkan ialah mengurus Kewangan Peribadi. Terpaksa ikat perut dan buat belanjawan bulanan untuk simpanan dan rancangan Pelaburan. Terpaksa tahan kehendak sementara dan lifestyle yang happening berbanding rakan-rakan lain yang sedikit bermewahan. Orang beli kereta baru kita beli kereta secondhand. Orang pergi tengok wayang hujung minggu di KLCC kita melepak dirumah dengan alasan penat bekerja padahal save bajet

vi) Kurang Jurulatih Kewangan
Semuanya bermula dari tabiat MENYIMPAN. Justeru ibu bapa dialu-alukan mendidik anak-anak anda dengan tabiat MENYIMPAN. Pada masa tu belum ada ASB GENIUS dan belum tahu adanya Teknik Gandaan SIMPANAN yang maksimum dan lebih bijak selain MENYIMPAN dalam tabung buluh. Bermula kecil-kecilan dalam tabung buloh kemudian bila semakin mahir MENYIMPAN dan menguruskannya mula terfikir menggandakan dengan Pelaburan. Bermulalah keazaaman di dalam Pelaburan Hartanah. Sebab itu MENYIMPAN adalah Kemahiran PELABURAN yang pertama. MENYIMPAN menunjukkan kepintaran mengurus kewangan untuk "Create Komitment" dan "Set Target" bagi mencapainya. ‪#‎holdingpower‬

Banyak lagi ALASAN dan kekangan yang ada pasa masa tu jika nak dilistkan >>> Kadar faedah, Nilai Matawang, Kadar Gaji, Lokasi, daya maju projek pembangunan, pemaju, faktor permintaan, populasi dan banyak lagi
Bagaimanapun sekiranya aku ditakdirkan sebagai Pelabur baru hari ini dalam keadaan sekarang yang dikatakan mahal. Aku masih dapat melihat PELUANG yang sangat cerah dalam Pasaran Hartanah. Sudah pasti maksimumkan semua kemudahan yang ada dan gunakan Strategi berbeza untuk dapatkan pulangan semaksimum yang mungkin. Yang penting...
Cari jalan & usah berikan ALASAN! 
#findaway

No comments: