Thursday, 24 December 2015

FAKTOR LOKASI DI DALAM PELABURAN HARTANAH

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING



PELABURAN HARTANAH : LOKASI 
===========================


Services Residence dengan view KLCC 


Dalam melabur hartanah antara faktor utama yang menjadi ukuran ialah faktor LOKASI. Lokasi terbaik akan tentukan berapa pantas pulangan ke atas pelaburan yang dibuat. Lebih tinggi pulangan ROI diperolehi dalam jangkamasa lebih singkat adalah ciri pelaburan terbaik. Justeru pelaburan yang sangat kompetetif dari segi harga & pulangan terletak di tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur berhampiran KLCC

Sentuhan modern 

Pada tahun 2010 harga sekaki persegi dilokasi berhampiran KLCC ialah sekitar RM1200.00. Kini pada tahun 2015 harga ‘serviced residence’ berdekatan KLCC sudah mencapai RM3,000 sekaki persegi ‘built up’ dan pembangunan baru telah habis dijual pada harga antara RM2,400 ke RM2,800 sekaki persegi. Harga dijangka terus meningkat dengan pantas menjelang tahun 2020 sempena Malaysia diisytiharkan menjadi negara Maju. Agaknya berapa harga sekaki persegi disekitar KLCC pada tahun 2020 nanti & bagaimana sambutannya??


Apapun tepuk dada tekan kalkulator dan urus risiko semasa membuat keputusan melabur. Samada perlukan 1unit pelaburan di lokasi prime area atau 10 unit pelaburan di kawasan bandar baru?


No comments: