*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ
*GUIDE TO INVESTING
Rancang Kewangan Peribadi & Keluarga Dengan Berhemah |
Bagi Pelabur ASB hujung tahun adalah saat yang ditunggu-tunggu kerana akan mendapat DIVIDEN bagi pelaburan yang dilaburkan. Tentu ada bermacam-macam kegunaan sedang ligat di dalam kepala pelabur ASB sekarang ini >>>
1) Ada yang merancang tutup hutang kad kredit
2) Tukar sport rim & tayar baru
3) Bayaran deposit kereta baru
4) Bercuti
5) Bayar yuran persekolahan anak-anak
6) Sediakan tambahan bayaran deposit rumah baru
7) Bayar hutang
8) Ada yang terus kekalkan Dividen yang diperolehi bersama jumlah Prinsipal agar terus "Compounding" dan akan dikeluarkan pada Tahun ke-3 @ ke-5 agar dapat nikmati lebih pulangan dan sebagainya
Pokok pangkalnya menyimpan perlu ada "Matlamat" yang besar dan jelas. Dengan adanya matlamat maka hasil dari menyimpan dapat dimanfaatkan semaksimum yang mungkin. Sekiranya menyimpan setakat hendak membayar "hutang kad kredit" bukanlah penyimpan yang baik. Anda juga kurang menguasai kelebihan Kad Kredit sehingga terpaksa berhutang semula. Menyimpan perlu ada "Matlamat yang jelas" "create Komitmen" & "Disiplin untuk mencapainya".. bukan suka-suka dan sekadar ikut - ikutan. Menyimpan adalah satu kemahiran asas kepada Perancangan Kewangan..
SASARKAN 1 UNIT RUMAH 1 TAHUN
No comments:
Post a Comment