Tuesday, 27 October 2015

MELABUR UNIT SHOP LOT

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING



SHOPLOT 2 Tingkat
Tujuan utama melabur Shop Lot ialah untuk mendapat keuntungan lumayan melalui Sewaan dan Apresiasi Pasaran
Namun demikian terdapat disesetengan lokasi di dapati walaupun terdapat Pasaraya besar, sistem pengangkutan awam yang baik seperti bas, sistem jalanraya, di lokasi berhampiran penduduk, kawasan pesat membangun dan sebagainya. Tetapi unit-unit Shop Lot yang telah siap dan terima CF masih belum perolehi penyewa

Hal ini bermakna Landlord terpaksa mengeluarkan wang daripada poket sendiri setiap bulan untuk membayar Installment dengan pihak Bank. Rule of Thumb untuk beli Shop Lot >>> Landlord perlu bersedia & berkemampuan mengeluarkan bayaran installment sehingga 24bulan untuk mendapat penyewa pertama. Sekiranya bayaran installment RM3,000.00 sebulan Landlord perlu bersedia mengeluarkan RM72,000.00 dalam tempoh berkenaan. Tetapi jumlah ini tidaklah banyak sangat berbanding nilai kereta yang anda gunakan... Dengan Harga Shop Lot Unit tepi berjumlah RM600,000.00 kadar pembiayaan 80% anda perlu membayar intallment sekitar RM3,000.00 sebulan. Sewa yang anda perolehi untuk Shop Lot Unit tepi di lokasi terbaik sekitar 7K. Sekiranya Unit anda ada penyewa bermakna anda mempunyai 4K Positive Cash Flow dan boleh digunakan membeli kereta idaman secara PERCUMA.. Teknik guna kereta PERCUMA 
kiki emoticon
Bagaimanapun perkara yang perlu ditekankan disini ialah "Entry Point" untuk melabur Shop Lot di lokasi yang berdaya maju. Pastikan anda melabur di kawasan yang "matang" kerana lokasi seperti ini telah menjadi tumpuan orang ramai dan mempunyai aliran traffik yang tinggi. Justeru menarik minat penyewa untuk menyewa dan menawarkan Produk & Perkhidmatan yang mereka tawarkan di lokasi berkenaan. Kehadiran traffik yang tinggi menunjukkan adanya Permintaan di Lokasi tersebut menyebabkan wujudnya Penawaran keatas Barangan dan Perkhidmatan yang ditawarkan

Berbanding melabur di lokasi New Development dengan harga yang rendah tetapi mempunyai lebih risiko kerana perlukan masa lebih lama untuk develop sehingga 5 - 10 tahun akan datang. Justeru ramai yang tidak mampu "hold" unit Shop Lot dalam tempoh yang lama kerana bergantung kepada penyewa. Melainkan Landlord seperti ini ada strategi "Mengurus Risiko" seperti menyewa unit sendiri untuk membuka ofis, gudang penyimpanan dan sebagainya sementara menanti Permintaan semakin meningkat

No comments: