Wednesday, 5 August 2015

BAGAIMANA LAHIRNYA EBOOK "PENCEN MEWAH DENGAN HARTANAH"

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

BAGAIMANA ANDA BOLEH RANCANG PERSARAAN ANDA DENGAN HARTANAH


Awalnya saya sering melihat seorang pakcik yang sudah tua tetapi masih bekerja sebagai "Pengawal Keselamatan" berhampiran Ofis ditempat saya. Dengan tenaga yang semakin berkurangan serta kedutan di wajah dan tubuhnya jelas menampakkan keadaan fisiologi  Pakcik ini. Tapi pakcik ini tetap tega bekerja sebagai "Pengawal Keselamatan" yang berdedikasi... Terdetik difikiran MENGAPA PAKCIK INI MASIH BEKERJA?? biasanya "orang bekerja kerana dua pilihan PERTAMA kerana terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan KEDUA  bekerja kerana passion".. dah bukan soal gaji lagi >>> samalah juga seperti seorang sifu hartanah yang masih bekerja sebagai  "Pilot" walaupun telah memperoleh pendapatan lumayan dari Seminar Hartanah yang dianjurkannya mahupun melalui pelaburannya.

Tidak mungkin pakcik ni bekerja kerana pilihan kedua. Pakcik ini bekerja selama 12 jam sehari 7 hari seminggu. Dengan usia yang sebegitu sudah pasti perlukan tenaga yang banyak... kerja 8 jam sehari dengan banyak waktu rehat di dalam "aircond" pun masih ramai yang merungut. Pakcik ini terpaksa berhempas pulas bekerja selama 12 jam sehari 7 hari seminggu semata - mata untuk dapatkan GAJI lebih kurang RM1300.00 sebulan. MENGAPA perkara ini terjadi??? Dari maklumat yang diperolehi hasil kerajinan menegur dan beramah mesra dengan pakcik guard ini. Antara kesimpulan dibuat ialah :- 

i) TIADA "RANCANGAN PERSARAAN" DARI PERINGKAT AWAL >>> Sekiranya anda boleh membuat RANCANGAN  PERSARAAN lebih awal adalah lebih baik. Tak perlu tunggu sehingga hampir umur Persaraan baru hendak merancang. Jika boleh sebaik tamat Pengajian sudah ada Rancangan Persaraan anda! Mudah - mudahan hasil kerajinan & ketekunan membolehkan anda BERSARA lebih awal diusia Muda. Keluar segera daripada lingkaran "Rat Race" yang memenatkan... bekerja untuk dapat wang dan bayar hutang semata -mata. Berusahalah sehingga WANG yang bekerja untuk anda. Bukan anda yang bekerja untuk WANG

ii) KEGAGALAN MENGURUSKAN "KEWANGAN PERIBADI" DENGAN BIJAK >>> Asas menguruskan Kewangan Peribadi ialah menguruskan PENDAPATAN yang diperolehi  dengan PERBELANJAAN bulanan anda. Justeru sekiranya lebih banyak yang anda mampu SIMPAN setiap bulan adalah lebih baik. Pokoknya bukan "berapa banyak PENDAPATAN yang anda perolehi tetapi yang lebih penting ialah berapa banyak yang anda SIMPAN". Sekiranya anda dapati PERBELANJAAN anda sentiasa melebihi PENDAPATAN yang diperolehi. Maka anda berada di dalam "ZON BAHAYA" Justeru anda perlu lakukan sesuatu untuk memulihkan keadaan Kewangan anda. Sekiranya pendapatan anda tidak cukup usahlah terus bermain biola dengan lagu - lagu sedih lagi. Bangkitlah! dan cari jalan untuk mencari Pendapatan sampingan sebagai "tambahan" pada permulaannya

iii) TIADA PELABURAN JANGKA PANJANG >>> Hasil daripada tiada kemahiran di dalam menguruskan Kewangan asas. Maka pakcik ini tidak peka kepada Pelaburan jangka panjang samada Pelaburan Hartanah, Unit Amanah, Tabung Haji dan sebagainya. Jelas sekali kemahiran uruskan asas Kewangan sangat penting diperingkat awal


Justeru lahirlah EBOOK PENCEN MEWAH DENGAN HARTANAH ini yang ditulis sebagai Panduan dan mengajak para pembaca untuk membuat persediaan dari awal. EBOOK ini adalah asas yang diajarkan untuk membuka MINDA pakcik "Pengawal Keselamatan" pada tahun 2045 agar membuat RANCANGAN PERSARAAN dari awal dengan memaksimakan Pendapatan yang diperolehi untuk kegunaan di masa hadapan. Hasrat lahirnya EBOOK ini  agar ianya boleh menjadi "spark" atau "pencetus" untuk melihat lebih jauh lagi dimanakah diri anda 20 @ 30 tahun dari sekarang

Kepada yang telah mahir dan "cair" dalam hal ini sudah pasti sedang memberikan Fokus dan gigih membuat Perancangan jangka panjang anda. Golongan ini tiada isu besar melainkan isunya ialah berapa banyak Pelaburan lagi yang boleh dibuat ATAU Apakah Pelaburan yang terbaik dan selamat yang boleh memberikan Pulangan paling lumayan dalam jangkamasa paling singkat.

PILIHAN ditangan anda. Anda bebas memilih untuk mulakan dari sekarang atau terus merungut tentang keadaan diri anda hari ini!!


No comments: