Friday, 13 March 2015

"SHARE" CATATAN-CATATAN YANG BAIK

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING



Saya sering ternampak individu ini apabila menghantar anak ke sekolah. Bapa juga sama seperti saya menghantar anak saban pagi ke sekolah.
Namun perlakuan dan tindakannya sering saya perhatikan. Saya kategorikan beliau sebagai bapa yang baik.
Setiap kali melepaskan anaknya masuk ke sekolah, beliau akan memastikan anak yang kemas berpakaian. Beliau akan menunggu di luar pagar sehingga anaknya hilang dari pandangannya. Dalam tempoh itu, dia akan melambai-lambai tangan pada anaknya dan menjeritkan perkara-perkara yang positif pada anaknya.
Sering saya dengar perkataan "focus, focus, focus...", "u can do it" dan pelbagai kata perangsang yang lain. Anak-anak lain juga akan mendengar jeritan bapa ini.
Selepas anaknya hilang dari pandangan, beliau akan mengambil masa 5 minit menunggu. Bila semuanya selesai, barulah beliau bergerak sambil mengelap
matanya yang basah saban pagi. Saya fikir, doa panjang berlagu di dadanya...
Bila kali terakhir kita mengalir air mata melepaskan anak ke sekolah... atau bila kali terakhir kita doakan permata hati kita itu...
Perhatikan manusia. Mereka mungkin jadi guru kita tanpa sedar...

No comments: