*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ
*GUIDE TO INVESTING
#observation
#penganalisisbiasabiasa
TREND HARTANAH
===============
#penganalisisbiasabiasa
Catatan ini dibuat semasa trip jalan-jalan meninjau lokasi Hartanah menarik & bukan merupakan kajian Ilmiah berkaitan Industri Hartanah @ Jurnal Hartanah. Ianya lebih kepada "sharing" mungkin betul mungkin juga tidak betul
>>Melalui pemerhatian rata-rata kawasan "outskirt" menuju Selatan sedang mengalami pembangunan pesat pembukaan New Development dari Semenyih, Salak Tinggi, Nilai, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Seri Putra, Kota Warisan, Bandar Enstek..etc. Harga Unit rumah teres 2 tingkat 20' X 70' rata-rata berharga RM500K++. Rumah teres 1 tingkat hampir tidak kelihatan.. apatah lagi unit Apartment @ Flat. **Dari segi bisnis kurang KEUNTUNGAN yang diperolehi oleh Pemaju sekiranya menjual Unit jenis ini.. Dalam Bisnis pula tiada falsafah "memberi" dalam soal buat UNTUNG... Justeru Pemaju Swasta kurang berminat dengan pembangunan jenis ini_________
>Trend hartanah berubah amat pantas. Seringkali kita dengar ayat "klise" harga rumah terlalu tinggi pada hari ini sekitar Disember, 2014. Sebenarnya harga rumah jauh lebih tinggi pada masa hadapan. Harga sekarang dirasakan tinggi sebab perbandingan dibuat dengan tahun 2013 atau beberapa tahun lepas.
>>Sekiranya perbandingan harga dibuat
pada penghujung 2018/2019 misalnya. *Harga rumah jauh lebih tinggi berbanding sekarang(bukan fakta cuma andaian berdasarkan bacaan dan petunjuk). Kawasan berhampiran stesen MRT terutamanya akan lebih terasa bahang kenaikan harga. Pada masa berkenaan sistem MRT daripada Kajang hingga ke Sungai Buloh dijangka siap sepenuhnya.
>>Masa yang sama Sistem MRT & LRT line 2 & 3 giat dijalankan. Menjelang tahun 2020 sistem Pengangkutan Awam MRT & LRT di Lembah Klang dijangka siap. Justeru harga Hartanah akan terus naik macam ROKET nak ke BULAN. Ada banyak faktor yang mempengaruhi kenaikan harga ini
>>Peringkat awal melabur Hartanah sekitar tahun 2007 tempat #LELONGAN Awam di adakan adalah tempat saya berhujung minggu. Membeli Unit pada #HARGARESERVED sangat senang diperolehi. Hari ini tidak lagi... >> disebabkan kesedaran tentang Kepentingan Melabur Hartanah semakin tinggi juga selain faktor kadar pertambahan penduduk semakin meningkat. LELONGAN AWAM bukan lagi tempat yang menarik buat masa ini. Silap hari bulan HARGA BIDAAN yang dimenangi jauh lebih tinggi berbanding Harga Pasaran akibat terikutkan Emosi
>> Permainan sekali lagi berubah.... kali ini Unit Komersil #SHOPLOT menjadi pilihan. Dengan MODAL pelaburan yang sedikit tinggi dan RISIKO lebih tinggi, Pelaburan jenis ini mampu memberikan pulangan yang lebih lumayan berbanding RESIDENTIAL. ***Justeru "worst case scenario" Bagaimana menguruskan Unit SHOPLOT anda sekiranya tiada penyewa adalah yang paling utama. Anda boleh dapatkan TIPnya di sini "EBOOK PANDUAN LENGKAP & TIP MELABUR SHOPLOT" ---> http://huzaifah7property.blogspot.com/2014/06/e-book-pertama-dilancarkan-panduan.html
>> Untuk tahun #2015 menghadapi gejala Ekonomi yang agak kurang memberangsangkan Game plan bertukar lagi.. persoalannya "game yang macamana".... kongsikan sikit____________________
>>Jika Tak Membeli Unit Baru Usah Menjual Unit Sedia Ada<<
No comments:
Post a Comment