Tuesday, 9 December 2014

BAPA KEPADA SEGALA PELABURAN

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


BAPA KEPADA SEGALA PELABURAN
===============================




Sememangnya tidak dinafikan Pelaburan Hartanah ada thrillnya tersendiri... yang biasa & minat akan faham tindakbalas kimia yang memberi kesan kepada "feel" "minda" dan "emosi".. hingga ada yang anggap umpama terapi. Mana taknya melihatkan kenaikan kadar sewa, nilai semasa, nilai akan datang, pertumbuhan ekonomi, sistem pengangkutan awam yang semakin efisyen, kadar pertumbuhan penduduk, permintaan meningkat di lokasi tertentu..etc
semuanya menyumbang kepada kenaikan "Value". Jikapun tidak memegang kalkulator setiap hari pun "Value"nya akan tetap naik tanpa menunggu sesiapa.. samaada naik secara "organik" atau dipaksa naik oleh segelintir "oppurtunis" pasaran yang terdiri daripada rangkaian kumpulan manusia bermula dari bawah---> tuan tanah.. broker tanah... penjual bahan mentah, pembiaya, pelabur hinggalah kepada Pemaju
Bila dah selalu melabur minat akan beralih kepada Pelaburan Hartanah yang lebih risiko dan lebih pulangan ROI == Unit Kediaman-->Unit Komersil-->Unit Industri-->last sekali Tanah

KRITERIA UTAMA dalam pemilihan Pelaburan adalah ROI paling tinggi dalam masa yang paling pantas "appreciation". Bagi sesetangahnya pula pulangan pelaburan dalam tempoh 2 tahun dah terlalu lama..
Apatah lagi jika terpaksa tunggu 4 ke 5 tahun. Justeru ada yang mula melabur dengan "Volume". Sekali sign S&P 10 unit sekali gus.. Bila sampai masa untuk menjual untung lebih tinggi dan berlipat kali ganda. Hal ini biasa kepada "player". Jangan diturutkan mereka.. situasi lain-lain. Latarbelakang.. pengetahuan & 
kemahiran berbeza. Perlu ikut kapasiti diri. ILMU jika terlalu berat pun tak elok kepada diri.. boleh jadi "isim" @ salah pembawakkanya. Perlu bersesuaian dan lebih afdal belajar dari MENTOR yang berjaya

...tapi dalam semua Pelaburan diatas tetap tidak dapat tandingi 3 PELABURAN ini(JAWAPAN BOCOR)
Bapa kepada segala Pelaburan adalah :

I) Anak yang soleh
ii) Illmu yang bermanfaat yang disebarkan
iii) Sedekah jariah



No comments: