Saturday, 22 November 2014

INFLASI dan LANGKAH MENGATASI

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

INFLASI


>>NILAI Wang RM1 JUTA pada tahun 2014 tak sama NILAI RM1 JUTA pada tahun 2020<<

>>begitu juga NILAI pendapatan tahunan syarikat RM100 JUTA pada tahun 2014 tak sama dengan NILAI pendapatan RM100 JUTA pada tahun 2020<< 

Baru ni saya bertemu dengan seorang pesara yang merupakan  bekas pensyarah dari sebuah IPTA tempatan. Macam-macam yang disembangkan maklumlah dalam pemasaran  kebanyakkan masa perlukan "Komunikasi Berkesan" --> membina perhubungan, bina kepercayaan, mengendalikan emosi bla bla bla...(gorenglah sesedap rasa tapi jangan sampai hangit dahlah hingga memudhoratkan diri).. pokok  pangkalnya perlu ada "jujur" sebab "kejujuran" anda boleh di"rasa" :P Akhir sekali  baru MENJUAL , CLOSE SALES, Transaksi Bisnis, RINGGIT bertukar tangan,  BARANG dan PERKHIDMATAN diberikan dan seterusnya

Apa yang hendak diceritakan disini ialah pandangan beliau tentang WANG. Beliau berpendapat kecairan TUNAI yang banyak di dalam tangan adalah penting. Hasil menabung sejak mulakan kerjaya, langkah berjimat cermat, simpanan KWSP, ASB, gratuiti dan sebagainya. Beliau mampu kumpul tunai sebanyak RM5 Juta  semasa  pencen

**Beliau mempunyai pendapat berbeza tentang PELABURAN HARTANAH. Respon yang diberikan  seperti berikut.  katanya tak perlu membazir.  Rumah boleh disewa, tanah nak berkebun dan menternak boleh dipajak. Hingga sekarang beliau senang menyewa rumah yang diduduki sebuah unit semi D. Beliau tiada ASET TETAP tapi memiliki kecairan yang tinggi

**Berhujah dengan ahli “akedemik”  ada peraturannya. Mereka berpegang kepada kepercayaan FAKTA yang diyakini sehingga anda boleh membuktikan sebaliknya. Saya memilih tidak berhujah pada masa tu cuma tersenyum sambil mata terkebil-kebil dan melemparkan pandangan mata jauh hingga ke horizon. Dalam masa yang sama sel-sel otak ligat memproses data jika RM5 Juta dilaburkan ke atas Hartanah berpotensi tinggi dan "high value" berapakah jangkaan pulangan 6 tahun kemudian pada tahun 2020… woww lumayan sangat. Teknik gandaan yang tidak merugikan :P

**Saya catatkan jawapan yang sepatutnya diberikan kepada bekas pensyarah itu tadi kepada anda di sini :-

PERBANDINGAN MENYIMPAN TUNAI DI TANGAN DAN PELABURAN HARTANAH
===================================================================
Secara mudahnya INFLASI bermaksud kenaikkan harga BARANG & PERKHIDMATAN disebabkan faktor berikut >>>Kenaikan harga bahan mentah,  Kos Pengeluaran yang meningkat dan Faktor Permintaan  melebihi Penawaran. Kenaikkan ini menyebabkan NILAI matawang semakin kecil.

CONTOHNYA :-
10 tahun lepas dengan WANG RM50.00 bermacam lauk pauk yang anda boleh beli jika ke Pasar. Berbanding pada tahun 2014 RM50.00 tidak banyak lagi barang yang boleh dibeli

Katakanlah kadar INFLASI 5% setahun. Sekiranya anda memiliki  tunai RM1 Juta pada tahun 2014. NILAI RM1 Juta ini tidak lagi sama pada tahun 2020. NILAInya semakin kecil disebabkan kenaikan harga Barang & Perkhidmatan.


CADANGAN LANGKAH MENGATASI:-

JIKA RM1,000,000.00  yang anda miliki pada tahun 2014 digunakan  untuk melabur di dalam pasaran Hartanah dengan membeli sebuah UNIT KOMERSIL SHOPLOT 3 tingkat dilokasi strategik tengah Kota raya Metropolis Kuala Lumpur. Berapakah “NILAI SEMASA” SHOPLOT anda pada tahun 2020? ANDAIKAN NILAI Semasa meningkat kepada RM2,500,000.00 dengan peningkatan sewa kepada RM15,000.00 – RM20,000.00 sebulan


**Ternyata dengan PELABURAN HARTANAH mampu mengimbangkan penurunan NILAI MATAWANG anda yang terhakis kesan INFLASI


Last but not least "MELABURLAH DENGAN BIJAK di dalam instrumen Pelaburan yang berikan ROI yang tinggi" ----> JIKA ANDA GAGAL UNTUK MERANCANG ANDA SEDANG MERANCANG UNTUK GAGAL


#Tepukdadatekankalkulator #smartinvestor




No comments: