Tuesday, 14 October 2014

REPORT SHOWS MALAYSIAN HOMES MORE UNAFFORDABLE THAN IN SINGAPORE, JAPAN and US

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Sumber  : Malaymail Online 
Tarikh    : 14hb Oktober, 2014

Rumah dilengkapi kolam renang lebih mahal harganya

Sila ke link ini ------------->
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/report-shows-malaysian-homes-more-unaffordable-than-in-singapore-japan-and?fb_action_ids=979776205381229&fb_action_types=og.likes

Pertama yang trigger di dalam minda apabila membaca tajuk post ini adalah "seronok sungguh pemaju Hartanah membuat keuntungan berlipat kali ganda". Sememangnya Harga pasaran Hartanah menjadi semakin tidak munasabah dewasa ini. Ianya adalah sebahagian mainan pemaju Hartanah yang mengambil kesempatan menjana untung berlipat ganda, broker, valuer, pembuat dan penjual bahan binaan dan sebagainya. Pembeli rata-rata yang berkemampuan juga turut beli tanpa banyak soal untuk simpanan masa hadapan. Akhir sekali faktor PERMINTAAN dan PENAWARAN yang akan mentukan HARGA Hartanah semasa. 

Jika anda perhatikan juga rata-rata Pemaju tidak mengendahkan pembinaan Apartment dan Flat Kos rendah bagi memenuhi keperluan golongan bawahan. Hal ini disebabkan "Margin Keuntungan" yang sedikit dan pemaju lebih gemar membina rumah untuk golongan pertengahan keatas di rata-rata lokasi Pembangunan Perumahan baru. 

Justeru atas sebab inilah Kawalan dilakukan oleh pihak berkuasa melalui BANK NEGARA MALAYSIA(BNM) dengan melaksanakan beberapa langkah bagi memperlahankan PERMINTAAN daripada pembeli antaranya ialah pemansuhan DIBS(Developer Interest Bearing Scheme), Kenaikan OPR(Overnight Policy Rate) diperkenalkan semula,  Kadar BLR(Base Lending Rate) semasa dinaikkan dari 6.6 kepada 6.85, RPGT(Real Propety Gain Tax) dilaksanakan sehingga 5 tahun kepada pembeli yang membuat pembelian singkat, Pengurangan tempoh pinjaman untuk kes REFINANCING kepada 10Tahun dan sebagainya. Langkah-langkah ini akan mengurangkan kemampuan pelabur tegar membuat "Christmas Shopping" ke atas Unit Hartanah berpotensi.

Justeru kepada golongan muda disaran mengambil peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk memiliki rumah pertama berharga bawah RM500,000.00, rumah Prima dan sebagainya sepertimana yang diumumkan oleh PM di dalam Belanjawan 2015

* semoga menjadi bangsa yang berdaya maju, bijak menghidu peluang dan perancang masa depan yang baik. "Jika anda gagal merancang anda sebenarnya sedang merancang untuk gagal"

Selamat Maju Jaya diucapkan!

No comments: