Tuesday, 23 September 2014

PELABURAN HARTANAH: MULAKAN DENGAN TABIAT MENYIMPAN

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING



PELABURAN ASB adalah hutang yang baik

Menjalankan perniagaan ada "seni"nya. Begitu juga dengan melabur di dalam PELABURAN HARTANAH. Jika anda kuasai "seni"nya maka anda akan dapat melepasi garisan mereka yang biasa-biasa kepada mereka yang luar biasa di dalam PELABURAN HARTANAH. Saya catatkan 1 daripada TIPnya disini. Pupuk tabiat" MENYIMPAN di dalam diri dan keluarga anda dari awal". Tabiat ini adalah asas kepada PELABURAN. Dengan adanya tabiat MENYIMPAN ianya akan mendorong anda untuk berfikir tentang beberapa instrumen PELABURAN yang boleh melipatgandakan pulangan anda. Sekaligus ia akan mula membentuk tabiat anda berbelanja dan merancang kewangan anda dengan lebih bijak.

Persoalannya kenapa MENYIMPAN
Tabiat menyimpan adalah tabiat berjimat cermat dan satu sikap yang sangat baik sebagai permulaan di dalam Pelaburan anda. Apabila anda ada sifat menyimpan di dalam diri anda akan mulai FOKUS kepada beberapa lagi persoalan antaranya :


Gambar sekadar hiasan

Banyak mana anda perlu menyimpan?
Berapa simpanan maksima yang anda ingin capai?
Berapa lama masa yang anda perlu ambil untuk mencapai sasaran simpanan anda?

Apabila persoalan ini telah terpahat kukuh di dalam diri anda akan mula berfikir bagaimana dalam jangkamasa tertentu anda boleh lipat gandakan simpanan anda. Anda mula berfikir dan menjadi seorang yang bijak di dalam PENGURUSAN KEWANGAN peribadi anda. Tabiat ini akan mendorong anda menjadi seorang yang CERMAT menguruskan KEWANGAN anda. Justeru segala dugaan yang mendatang seperti iPHONE 6, TOYOTA VELLFIRE Idaman mahupun FERRARI spider akan mudah anda tangani kerana mempunyai MATLAMAT KEWANGAN yang lebig jelas.

MENYIMPAN usah tunggu semasa anda mula peroleh banyak wang baru anda mula menyimpan. Tabiat menyimpan yang baik bermula daripada pendapatan anda sangat kecil. Jika anda berjaya melakukan ini. Maka sudah pasti semasa anda memperolehi "durian runtuh" dalam hidup, anda tidak akan mudah cemas dan tahu untuk "multiply" lagi durian runtuh anda kepada beberapa lagi runtuhan durian runtuh. Jika anda tidak ada tabiat menyimpan sudah pasti ianya akan mendorong anda kepada satu tabiat yang tidak baik iaitu boros. Anda pasti boleh habiskan segala wang yang anda dapat dalam sekelip mata sahaja. Anda tidak fokus di dalam pengurusan kewangan peribadi anda dan perancangan jangka panjang. Hal ini sudah pasti amat menyedihkan. Mulakan dari sekarang ibarat pepatah mengatakan

"SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT"

PERSOALAN:
Berapa banyak GAJI(bagi yang bekerja makan gaji) & PENDAPATAN(bagi yang berbisnis) anda dapat tidak penting. Tetapi yang lebih penting ialah berapa banyak anda MENYIMPAN setiap bulan daripadanya. Justeru pupuk tabiat MENYIMPAN sebelum anda hendak pergi jauh di dalam bidang PELABURAN seperti HARTANAH

No comments: