*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ
*GUIDE TO INVESTING
#Bersyukur
Apa yang anda faham tentang
Syukur tidak sama dengan "orang di sebelah" anda
faham. Jika ada 1000 cerita tentang Syukur pasti ada yang berbeza walaupun ayat
dan patah perkataan yang disusunnya sama. Sama di mulut belum tentu sama dengan
yang ada di dalam Hati dan Perbuatan. Perspektif berbeza, Keyakinan juga berbeza.
Maka sudah tentu Hasil berbeza.
Di dalam Syukur tiada
istilah "Merungut" dan "Komplen". Tiada juga "Putus Asa". Jika terasa penat berehat seketika @
perlahankan rentak. Tapi selepas itu teruskan lagi Perjalanan ini hingga Nafas
yang terakhir. Apa yang hendak di capai, perlu cari Formula terbaik mengatasi
Kelemahan yang ada. Teruskan lagi sesungguh Hati, Doa dan Tawakkal.
Jika Anda tidak Pandai dalam sesuatu bukan bermakna anda Bodoh atau Retard. Ia
hanya bermaksud anda belum tahu. Tidak perlu rasa rendah diri. Belajar dan terus
Gigih berusaha serta jangan Malas. Ini kerana Malas adalah penyakit Umat Islam
yang sangat Bahaya. Belakang parang jika di asah dengan Tekun lagikan tajam.
Setiap yang berlaku pasti
ada sebab dari yang Maha Pencipta. Walaupun belum sampai tahap Tok Siak Masjid,
Bilal, Tok Imam mahupun Ustaz.... tetapi
sebagai "HambaNya Yang Bersyukur" kita masih boleh belajar melihat
dengan Mata Hati. Bukan melihat
kulit buku tapi melihat Isi yang nak disampaikan. Moga terus sukses. Yang baik datang dariNya
mana yang tidak baik datang dari kelemahan diri sendiri.
Jika anda ada Passion dengan Pelaburan Hartanah teruskan usaha dengan betul, dapatkan MENTOR dan ILMU yang boleh membawa anda jauh ke Puncak Kejayaan. Usahakan dengan Gigih, Bersungguh-sungguh tanpa kenal Putus Asa. Nescaya Kejayaan pasti milik Anda!
#Alhamdulillah #Syukur
No comments:
Post a Comment