Salam Jutawan kepada Pelabur Hartanah diluar sana..
DO IT YOURSELF adalah konsep "melakukan sendiri".. Sebagai Pelabur Hartanah tegar anda pasti akan menghadapi beberapa situasi seperti berikut di unit anda. Antaranya :-
i) Memasang lampu kalimantang @ downlight di unit baru
ii) Memasang Kipas di unit baru
iii) Membuat simple wiring
vi) Memasang pemanas air
vi) Menggantikan pintu bilik yang telah rosak dan tombol pintu
v) Mengecat
vi) Paip bocor di bilik air @ sinki
vii) Simple welding contoh : jika jeriji di unit anda bengkok, patah @ tercabut
Saya berpendapat untuk kerja - kerja ringan di atas adalah lebih "afdal" jika anda melakukannya sendiri. Hal ini kerana banyak KOS yang anda boleh jimatkan untuk sebuah rumah. Tambahan lagi sekiranya anda memiliki banyak unit rumah.. :) KOS yang ada boleh jimatkan adalah sangat berbaloi berbanding anda membayar kontraktor luar membantu anda bagi kerja - kerja di atas. Bagi yang memiliki rumah lebih daripada 10 - 20 Unit keatas saya mencadangkan anda berkongsi dengan beberapa "Rakan Hartanah" anda untuk menggajikan seorang warga asing Bangladesh contohnya dengan gaji RM1500.00 sebulan untuk melakukan kerja - kerja maintenance ringan @ simple pengubahsuaian. Lebih menjimatkan bukan!? Jika sekiranya anda ada kemahiran yang lebih tinggi anda boleh melatih "pekerja" anda itu tadi melakukan kerja - kerja berikut :
i) Pemasangan Kabinet Gantung Kayu
ii) Pemasangan Kabinet Dapur batu
iii) Pemasangan Tile
iv) Memasang "Pulau" @ "Meja Bar"
v) Memasang Aircond dan mencuci Aircond etc
SARANAN saya disamping dapat meningkatkan "NILAI" Sewaan dan Harga Rumah. Anda juga dapat menawarkan PERKHIDMATAN kepada pemilik rumah yang lain. Seterusnya anda mungkin dapat menjadikan PERKHIDMATAN yang ditawarkan sebagai satu daripada "PENDAPATAN SAMPINGAN" atau lebih baik menjadi "PENDAPAT UTAMA" kepada anda..
Bagi kerja-kerja pembaikan yang ringkas seperti di atas anda perlu mempunyai KELENGKAPAN dan PERALATAN yang secukupnya. Saya juga cadangkan anda boleh mengupah GAJI HARI kepada pekerja asing warga BANGLADESH @ INDONESIA sekitar RM60 - RM80.00 bagi menyiapkan kerja - kerja anda.
Contoh 1 : MENGGANTIKAN DAUN PINTU YANG ROSAK ; DIY
Harga Pintu = RM60.00 (Beli di kedai Pintu berbanding di Kedai Hardware yang lebih Mahal)
Tombol = RM10.00
Screw = RM5.00(Ukuran 1 inci dan 1 inci Setengah)
Upah Kerja = RM40.00(Upah setengah hari untuk memasang dan mengecat termasuk kos
makan dan minum
JUMLAH KOS = RM115.00
Contoh 2 : MENGUPAH ORANG
HARGA PINTU = RM200.00 Harga pintu dan upah pasang sahaja
HARGA TOMBOL = RM10.00
MEMASANG TOMBOL = RM100.00 Upah memasang Tombol ke rumah anda biasa akan dicas
dengan kadar yang tinggi kerana dianggap kerja mahir dan perlukan
perincian.
JUMLAH KOS = RM330.00
Seterusnya anda boleh membandingkan PENJIMATAN yang anda perolehi di atas :) Lain - lain kos yang anda mungkin boleh jimatkan sekiranya anda anda telah biasa dengan KONSEP DIY. Selamat mencuba dan moga anda KAYA dan BERJAYA. Semoga Bangsa saya tidak lagi direndahkan dan dihina kerana BAKAT perlukan USAHA dan boleh dipelajari :)
No comments:
Post a Comment