Pages

Saturday 30 November 2013

CONDOMINIUM UNTUK PELABURAN : Antara Kriteria Yang Perlu Anda Ambil Kira

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING

Salam dan hi kepada pembaca budiman,
 
Baru – baru ini timbul persoalan kepada saya bagaimana memilih dan membeli Unit CONDOMINIUM yang terbaik untuk dijadikan PELABURAN yang menguntungkan. Selain daripada faktor LOKASI Apakah ciri atau kriteria yang  perlu dilihat oleh pelabur.
 
Antara Kriteria Yang Dicadangkan adalah :
1)      HARGA
Harga Kondominium mempunyai range yang pelbagai. Ada yang serendah 270K di Setia Alam hinggalah yang berharga jutaan ringgit di sekitar KLCC, KL Sentral, Mid Valley, Bangsar dan sebagainya.

2)      JUMLAH UNIT YANG DITAWARKAN
Jumlah Unit yang ditawarkan sangat penting untuk diambil kira. Kondominium yang baik untuk pelaburan adalah yang dibina sekitar 200 – 300unit keseluruhannya sahaja. Kondominium ini sekaligus menjadi eksklusif dan bakal mewujudkan permintaan hangat. Di persekitaran Kondominium yang mempunyai Unit yang lebih sedikit  Pemilik mempunyai lebih kuasa tawar-menawar berbanding Kondominium yang mempunyai kawasan yang luas
dan unit terlalu banyak Contohnya : PALM SPRINGi KONDOMINIUM di Kota Damansara. Kondo ini mempunyai 11 kolam renang dan terdapat kira-kira 1000 unit. Dengan unit yang terlalu banyak kebarangkalian untuk anda menjual dalam masa singkat adalah sukar kerana pembeli mempunyai lebih pilihan dan peluang mendapat harga lebih rendah terutama daripada pemilik yang terdesak.

3)      Keluasan
Faktor ini sangat main peranan samaada anda mudah untuk menjual atau menyewakannya di kemudian hari. Saya berikan Contoh : MENARA Ui di Seksyen 13 Shah Alam. Kondo ini dijual pada harga kira – kira 250k dengan keluasan 450sf. Unit seperti ini dipanggil unit studio dan dipasang partition untuk menjadikan 2 bilik. Anda fikir berapakah keluasan bilik dan ruang tamu selepas partition dipasang. Dengan Unit yang ditawarkan sehingga 500 unit untuk satu blok. Adakah anda mudah menyewakan atau menjual semula di masa hadapan. Hal ini belum ditambah dengan beberapa Kondominium yang baru dibina atau didalam perancangan dikawasan sekitar oleh pemaju gred A.

4)      Tingkat
Tingkat yang lebih tinggi adalah lebih baik. Anda tidak seharusnya membeli Condominium di unit rendah kerana kurangnya permintaan.

5)      Pemaju
Faktor Pemaju adalah kriteria biasa yang dilihat oleh bakal pembeli. Pemaju yang berpengalaman memajukan projek-peojek mega yang berjaya adalah lebih diyakini.

6)      Persaingan dengan Kondominium Sedia ada dan yang akan dibina Masa akan datang
Sekiranya anda membeli untuk dijual semula atau menyewakannya. Anda perlu mengambil kira Kondominium baru yang akan dibina dikawasan sekitarnya, keluasan, ciri-ciri utama, reka bentuk dan sebagainya. Ini kerana pembinaan Kondominium baru di kawasan sekitar akan menambahkan persaingan anda untuk menjual atau menyewakan unit berkenaan.

Sekian sahaja catatan buat kali ini. Catatan ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan penulis sendiri tidak semesti betul dan salah. Mana yang baik dijadikan panduan dan jika ada kekurangan sila abaikan sahaja. Terima Kasih

 

 

No comments:

Post a Comment