Sunday, 21 September 2014

ANDA ADALAH BUKU APA YANG ANDA BACA - DAO

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Catatan ini saya ambil daripada salah satu update status page Dr. Azizan Osman(DAO). Sesungguhnya saya terinspirasi. Beberapa kelas Doc seperti AMP, IMKK, RKMJ(2 kali) etc telah saya hadir. Satu patah perkataan LUAR BIASA sekali impaknya. DAO adalah gambaran "Orang kita" versi baru yang telah dipertingkatkan. Budaya baru yang lebih pragmatik dan inklusif diterapkan serta dipupuk di dalam kelas-kelasnya. Jika ada 100 orang lagi DAO di Malaysia "Orang kita" pasti tidak ketinggalan lagi. Benarlah kata pepatah Melayu tak kenal maka tak CINTA. Saya mencadangkan agar reservekan komen anda kepada sesiapa yang belum pernah jejak sekalipun ke kelas mahupun preview percuma DAO(lagipun untuk mengelakkan mendapat DOSA percuma serta menjauhi getaran -ve di dalam diri). Selamat mencuba!

[Anda adalah buku apa yang anda baca!]
10 Buah Buku Bacaan (Selain Al-Quran) Yang Mempengaruhi Hidup Saya Insya Allah :-
1- Think And Grow Rich
2- See you at the top
3- The Secret
4- Jutawan Senyap
5- Berani Gagal
6- Berani
7- E-Myths Revisited
8- Biography of Richard Branson
9- Rich Dad Poor Dad
10- The Science of Getting Rich
Buku yang saya tulis & terbitkan dibawah Azizan Osman Publications juga adalah buku yang telah mencorakkan hidup saya Insya Allah:-
1- Magnet Kekayaan & Kejayaan
2- Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan
3- Marketing Mastery
4- Kuasai Pemasaran Facebook
5- Inspirasi Kekayaan & Kejayaan (Siri 1)
6- Inspirasi Kekayaan & Kejayaan (Siri 2)
7- Hidup Luar Biasa (Bakal dilancarkan)
8- Mudahnya Berniaga (Bakal dilancarkan)
Saya mengajak anda untuk berkongsi 10 senarai buku yang mempengaruhi hidup anda.
‪#‎DAO‬

6 daripada 10 buku yang menjadi pilihan DAO telah saya miliki & baca. Nak kena cari 4 buah lagi untuk saya baca dan fahamkan kenapa buku berkenaan menjadi pilihan DAO. TIPS ringkas untuk berjaya "copy & paste" apa yang dilakukan oleh orang-orang yang telah terbukti berjaya dan sesuaikannya. Nampak macam senang apabila menulis tetapi tak semudah apabila nak memahamkannya :P

Friday, 19 September 2014

KENAPA ANDA MELABUR HARTANAH?

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING















KENAPA ANDA MELABUR HARTANAH?

Soalan PERTAMA yang anda perlu tanya pada diri anda.

Semakin jelas jawapan yang anda berikan maka semakin tinggi peluang anda untuk berjaya di dalam PELABURAN HARTANAH. Justeru segala halangan akan dapat anda atasi dengan mudah 

CONTOH : "kereta besar idaman hati". Bukan senang untuk abaikan kereta HONDA CIVIC 2.0 idaman hati anda dan gunakan modal yang ada untuk melabur Hartanah. Jika matlamat anda jelas anda pasti akan mengatasi godaan ini dengan agak mudah sebenarnya. Adalah lebih seronok jika anda dapat beli kereta HONDA CIVIC secara percuma dan dalam masa yang sama anda ada tambahan satu lagi unit Hartanah dan sedang menikmati CAPITAL GROWTHnya setiap saat. 

LAVERAGE. Modal kereta anda digunakan untuk membeli rumah terlebih dahulu. Kemudian dengan Positive Cash flow yang ada anda gunakannya untuk membayar installment kereta anda. Hasilnya anda peroleh dua benda dalam satu masa. Anda sememangnya seorang yang BIJAK dan PERANCANG yang baik.


Melabur di dalam hartanah diibaratkan seperti anda membeli  "telaga minyak". Ada lokasi yang banyak simpanan minyaknya ada juga lokasi yang sedikit. Jika lokasi yang banyak simpanan minyaknya Harganya lebih mahal sedikit dan lebih berisiko. Namun demikian sudah pasti pulangannya lebih tinggi dan berlipat ganda. Telaga ini akan menjana pendapatan berterusan untuk anda setiap masa sehinggalah anda menjualnya.

Justeru jangan mudah putus asa, ubah gaya hidup anda yang berlebihan serta merugikan dalam jangka panjang, teruskan FOKUS, DISIPLIN  dan pelajari kemahiran menguruskan Kewangan dengan lebih baik. Hasilnya pasti menyeronokkan apabila anda boleh pencen awal diusia muda. Semoga terus sukses.

TEPUK DADA TANYA SELERA

Thursday, 18 September 2014

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM BUSINESS - DAO Business School

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Bangun sebelum Subuh. Lebih kurang 515 am. Ambil peluang buat solat tahajjud . Teruskan Solat Subuh. Berdoa. Berzikir. Buat sedikit pelan atau rancangan jadual harian. Sebelum keluar rumah ambil kesempatan buat Solat Dhuha. InsyaAllah, kita akan jalani kehidupan terbaik hari itu.

SEMINAR POTENSI ASB & HARTANAH

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING



ASB adalah salah satu daripada Instrument Pelaburan yang diperkenalkan untuk mendidik Bumiputera melabur. Namun demikian masih ramai golongan Bumiputera yang tidak mengambil kesempatan yang disediakan dengan pelbagai alasan untuk menyedapkan hati supaya tidak melabur. Apa yang lebih penting di dalam pelaburan ASB bukan sahaja kadar pulangan 8% peratus yang diberikan pada setiap tahun atau "pemberian PERCUMA" 3% daripada jumlah pelaburan anda. ***8% adalah anggaran keuntungan yang diberikan kepada anda pada setiap tahun manakala 5% adalah kadar faedah yang dikenakan oleh Bank bagi membiayai pinjaman ASB anda
APA yang Lebih penting pelaburan ASB sebenarnya mendidik anda celik PENGURUSAN KEWANGAN, TABIAT MENABUNG, DISIPLIN, SABAR dan menjadi PELABUR Bijak sebelum anda membuat Pelaburan keatas instrumen PELABURAN yang lebih besar seperti Pelaburan Saham, Emas, Hartanah, Unit Trust dan sebagainya.
Jika anda berhajat belajar Teknik melabur ASB yang lebih berkesan. Anda boleh ke Seminar ASB ini yang di kendalikan oleh Khairul Ezuwan yang juga merupakan seorang Banker dan Property Investor. Saya dah ke Seminar ini. Anda bila lagi...

Wednesday, 17 September 2014

MISTERI LAGU AL-HAQ (Mawi dan Dato AC Mizal)

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Di dalam liriknya terdapat satu doa yang bagus untuk diamalkan.
"Allahu ya hafizu nafsi wa ruhi" 
(Ya Allah, peliharalah diriku dan rohku)
"Bismillahi Jibril" 
(Dengan nama Allah, Jibril)
"Fi Yamini" 
(Pada kananku)
"Bismillahi Mikail" 
(Dengan nama Allah, Mikail)
"Fi Shimali" 
(Pada kiriku)
"Bismillahi Israfil"
(Dengan nama Allah, Israfil)
"Fi Amami"
(Pada hadapanku)
"Bismillahi Izrail" 
(Dengan nama Allah, Izrail) 
*Ianya dikenali sebagai Hizib Al-Hafiz/Doa Bismillah.
Antara kelebihannya adalah sebagai doa pelindung daripada syaitan dan hasad dengki.

PENGURUSAN ALIRAN TUNAI, BANK & LHDN

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Saya perasan ramai yang berbisnes sekarang. Fenomena yang bagus. Tapi ada yang tak 'bisnes sangat' tapi duit masuk banyak. Jadi timbul beberapa masalah di sini kerana 'kejutan budaya' dari bank dan sistem-sistem mereka.
Di sini, saya akan BREAK THE BANKING CODE. So please take note dan ambil kisah. 
.
.
.

1. Bank menawarkan 2 jenis akaun utk kegunaan komersial dan individu; SAVING dan CURRENT ACCOUNT. Dalam melayunya, akaun simpanan dan semasa.
2. Kedua-dua jenis akaun ni ada sifat dan pe'el nya. SAVING ACCOUNT ni maksudnya utk simpanan. Dapat kad debit dan internet banking. Duit masuk puluh2 ribu secara KONSISTEN tak mengapa tapi jika KELUAR pun puluh ribu, memang akan dapat BANK NOTIFICATION. Lagi pula tak pernah2 duit masuk lebih RM3000, sekali masuk RM100,000, mmg kene FREEZE.
Trader forex memang ramai kena.
3. CURRENT ACCOUNT ni akaun semasa. Ia utk duit masuk keluar dengan pantas. Jika rasa aliran tunai BESAR keluar masuk, puluh-puluh ribu dan ratus ribu, sila pakai CURRENT ACCOUNT. Sebab itu namanya 'CURRENT', macam aliran elektrik yg tidak putus. Jika current terputus, bank boleh collapse. 


Anda bakal dapat kad debit, internet banking dan buku CHEQUE.
Limit pengeluaran adalah seperti berikut:
- kad debit: RM5000
- internet banking: RM10,000
- cheque: unlimited (di home branch) / RM25K (bukan home branch)

4. CURRENT ACCOUNT boleh dibuat di bawah nama PERSONAL atau ENTERPRISE. Bagi saya, tak perlu pening-pening utk buka akaun syarikat ENTERPRISE pun jika kita notify home branch bank akan status kegunaan CURRENT ACCOUNT PERSONAL kita samada utk internet bisnes, kemasukan komisen dan sebagainya.
Silalah bina hubungan baik & good rapport dengan home branch bank termasuk manager sekali. Jelaskan sekali bisnes anda jika anda berbisnes. Bank takkan menolak rezeki. Bukan senang nak dapat potential customer yang banyak wang kan?
5. Untuk lebih memudahkan perjalanan CURRENT ACCOUNT anda, sila buka syarikat enterprise di SSM.
Tunjuk pada manager bank dan akak-akak bank sambil beri biskut raya atau keropok lekor sebagai hadiah.
Sekarang ni, pendapatan anda JELAS dan jika CENTRAL BANK call HOME BRANCH, HOME BRANCH akan back up anda kerana mereka kenal anda personally dan tahu bisnes anda.
Lainlah anda buat money game atau scam, memang patut takut.
6. Seterusnya, susun ALIRAN TUNAI anda. Jika anda ada 4 bisnes, buat 2 CURRENT ACCOUNT utk memudahkan FLOW kemasukan wang. Cari buku lejar dan rekodkan setiap kemasukan duit dan bank. Kurangkan perbelanjaan TUNAI. Banyakkan guna fasiliti bank; internet banking, cheque, kad debit malah kad kredit.
Sila pastikan duit beredar dalam bank sahaja!!
Anda kene faham, bank mengamalkan sistem FRACTIONAL RESERVE SYSTEM. Anda simpan RM1000, bank pinjamkan RM1000 kepada 10 orang lain. Jika anda seorang dah lenjan RM1000 keluar dari bank, memang anda dah cari gaduh dengan bank. Sekali ade orang lain nak withdraw RM1000 lagi, mana nak cekau? Reserve sume dah tiada. Sebab itu jika mahukan TUNAI dalam kuantiti besar, anda perlu notify bank terlebih dahulu sehari atau beberapa hari awal. Faham?
Jangan bagi bank cuak atau menyebabkan mereka merasa yang mereka mengambil risiko besar. Jika tidak, mereka akan susahkan hidup anda dan mcm biasa, mereka akan notify abang long mereka, BNM.
7. Seterusnya cukup setahun, panggil tax planner, minta mereka check rekod aliran tunai, belanja bisnes dan sebagainya. Insyallah memudahkan pembayaran tax anda. Bayar tax seminima mungkin tetapi SAH.
Bayar tax lebih pun tak mengapa. Zakat semestinya. Anda bukan nak bisnes sehari. Nak bisnes bertahun-tahun dan bina bisnes legacy. Ini bayar RM10,000 setahun income tax pun kedekut, ape kes?
Kasi LHDN happy. LHDN happy, anda akan lagi happy berniaga.
8. Dah ada audited account dan tax, apa lagi, tambah la aset. Sambil menyelam minum air. Sambil berniaga tambah aset. Dah 10 tahun berniaga, boleh berhenti. Jaga aset sahaja dan kutip duit dari aset.
Pencen? Itu dah hampir gaya pencen dah. Bisnes boleh cari pewaris. Bagi bakat-bakat baru handle. Bagi peluang mereka bina empayar mereka pula.
.
.
.
.

Ok? Senang sahaja. Tak perlu kecoh-kecoh macam dunia nak runtuh dan gaduh-gaduh. Apabila ada masalah, kita semak diri dulu, apa yang kita boleh baiki, baru cari salah orang lain.
Insyallah success will pursue you.
P/s: Ini sedikit cebisan nota dalam slide presentation GROUP COACHING TEKNIK BEBAS KEWANGAN DENGAN BERHUTANG. Saya dah serap semua di dalam GC tersebut kerana ia semua berkaitan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut anda boleh terus ke  link ini :
https://www.facebook.com/WaqipediaResources

Friday, 12 September 2014

TIPS MELABUR DI DALAM SYARIKAT SDN BHD

*INCREASE YOUR FINANCIAL IQ *GUIDE TO INVESTING


Anda pernah melabur di dalam syarikat Sdn Bhd orang lain? Apa langkah pertama anda?
Saya kongsikan sedikit apa yang saya buat apabila melabur didalam syarikat Sdn Bhd orang lain.
1. Saya pastikan semua documentation adalah legal.
2. Saya akan melihat equity sedia ada dalam syarikat tersebut.
3. Berapakah nilai 1% saham.
4. Kebiasaannya saya akan pastikan saya adalah majoriti shareholder. Duit yang bakal saya laburkan juga seiringan dengan nilai pegangan saham saya.
5. Saya tidak akan sewenang-wenangnya melabur tanpa saya tahu hala tuju syarikat tersebut dan jika saya hanya minoriti shareholder.
6. Saya akan pastikan saham saya sudah di lodge di SSM sebelum saya transferkan wang pelaburan saya.
7. Saya perlukan majoriti share untuk memastikan saya sentiasa ada control jika berlaku voting dikalangan shareholder.
8. As majority shareholder, saya lebih mudah untuk memilih CEO bagi mengepalai management team.
9. Control amat penting didalam sesuatu syarikat. Without control, kita sendiri tak tahu apa akan jadi kepada wang pelaburan kita. Student saya pasti biasa mendengar saya ucapkan - Within control and in control.
10. Jangan hanya melabur dengan perjanjian mulut atau agreement lawyer semata-mata didalam syarikat. BAHAYA. Hak kita tak dilindungi. Pastikan segalanya sudah didaftarkan di SSM kemudian baru anda masukkan wang anda ke dalam account.
Duit yang kita cari bukanlah mudah. Oleh itu hargailah wang anda tanpa mengira sekaya manapun anda.
Makin kaya kita, makin kita akan berkira. Cuma jangan berkira untuk membeli saham akhirat. Itu saham "Must Buy"